I am serious.
fuh,... itulah 3 patah perkataan terbaik pembakar semangat untuk perjalananku ke situ.hoho.
baruku tahu mengapa ada sekarang non-Muslim yang ingin memohon jadi peguam syarie. rupanya peguam sivil ada had batasan yang ditetapkan oleh Majlis Peguam dalam bayaran upah guaman. Hal ini berbeza dengan Peguam syarie yang tiada had batasan bayaran yang boleh dikenakan peguam syarie kepada anak guam yang diwakili. hmmm...patutlah.
info kepada yang masih tak tahu, pelajar lepasan degree syariah atau berkaitan Fiqh juga boleh cuba untuk jadi peguam syarie sebagai prospek peluang pekerjaan. macam saya yang minat nak jadi peguam syarie ni.hehe.
Tetapi haruslah diketahui untuk menjadi peguam syarie, prosesnya lebih rumit berbanding dari jadi peguam sivil. tempohnya panjang, lebih-lebih kepada pelajar lepadan ijazah syariah.
Bersabarlah duhai hati.
selepas bergraduasi dengan degree Syariah @ Fiqh, graduan boleh mengikuti Diploma amalan kehakiman selama setahun.Program ini dipanggil DILJAB @ DSLP. universiti menawarkan seperti UITM, UKM, USIM & UIA. belajar sabtu ahad je.
Selepas itu baru lah boleh mengemukakan permohonan menjadi peguam syarie untuk setiap negeri yang diingini. permohonan tu pon mengambil tempoh masa yang lama untuk diproses. kemudian, perlu hadiri ujian bertulis dan sesi temuduga. kemudian, chambering 9 bulan. aku tidak pasti perlu ke tidak untuk chambering sebagai peguam syarie atau cukup sekadar latihan industri/praktikal ketika tahun akhir. kemudian, selepas melalui semua proses di atas, barulah boleh menjadi peguam syarie untuk sebuah negeri. Untuk permohonan negeri lain, sila ulang proses yang hampir sama again and again.
fuh, begitu panjang perjalanannya. Perancangan aku pulak nak kerja dulu selepas ada degree. sebab nak bayar hutang PTPTN Diploma dan Degree cepat2. So, aku mohon je lah apa-apa kerja yang layak dimohon. zaman sekarang ni tak boleh memilih perkerjaan sangat dan kena cuba je setiap peluang yang ada. pegawai Undang-undang, pegawai agama di pejabat agama, JAKIM sbagainya @ pejabat mufti, pendaftar mahkamah, pegawai Sulh, pendakwa syarie, penasihat Syariah agensi kerajaan, bank @ syarikat swasta. Exam untuk pegawai Tadbir diplomatik pon aku nak cuba je ikuti. Kemudian, ikuti program DILJAB @ DSLP tu sabtu ahad. dapat satu negeri kelayakan sebagai peguam syarie pon dah cukup. tapi cita-cita asal aku nak beramal sebagai peguam syarie di perak, kuala Lumpur & Selangor. boleh tolong sedara-mara, kawan-kawan yang tinggal di perak. Lepas tu aku nak jadi peguam syarie di firma guaman. selepas beberapa tahun jadi peguam. aku nak sambung master dan jadi pensyarah. ini cita-cita terakhirku, seorang pensyarah. sebab aku suka tengok seorang pensyarah mengajar di hadapan terutama pensyarah wanita. seorang pensyarah juga boleh menjadi seorang pendakwah. menyampaikan ilmu kepada pelajar dan dalam masa sama menyebarkan dakwah Islami untuk bangsa, agama dan negara.
kisah sebuah cita-cita
minat menjadi peguam syarie dari sekolah lagi, bukan sbb duit & material sbgainya. mula minat sejak aku tengok satu drama Filipina di TV. Heronya brlakon sebagai peguam, wah berkarisma kerjaya peguam ni, eh minatlah jadi peguam. HAHA.
Sebenarnya sebab utama aku nak menjadi seorang penguam ialah membantu pihak yang teraniya. aku seseorang yang tidak suka akan kezaliman, ketidakadilan dan penindasan terjadi. kerjaya seorang peguam menegakkan keadilan dan membela hak yang ditindas menggunakan kebijaksanaan akal fikiran bukan menggunakan kekerasan, mata pedang tumpahan darah sebagainya.
perjalanan berliku2 demi sebuah minat .Lepas SPM, aku mohon untuk ke Asasi Law. tapi sedihnya tak dapat, aku sanggup cari IPTS yang menawarkan bidang undang-undang syariah ni. So, aku pilih untuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. sampai sana pulak, KUIS offer pada aku Course ICT pulak, kenalah aku memanjat pejabat ketua2 jabatan mintak tukar course. akhirnya, aku dapat ikuti kos diploma Syariah Law dengan selamatnya. Lepas abis diploma, aku dalam dilema lagi. nak terus degree syariah Law KUIS ke sambung degree di IPTA or sambung degree di Jordan.
aku bulatkan hati nak tukar angin, so pilihan aku sambung degree di IPTA. lebih menjimatkan.
sekali lagi aku tak dapat ikuti Course Law. aku pun tanya seorang kawan diploma aku yang bernama Suhaila yang telah dapat ke USIM. hehe. dia cakap kos fiqh fatwa pun boleh jadi lawyer syariah gak. melompatlah aku dengar. malam tu gak aku bulatkan hati tulis kos degree fiqh fatwa dalam mengisi pilihan ke IPTA. bukan apa, otak aku ni hanya boleh laju menghadam subjek berkaitan syariah, undang-undang ni.
Dalam tempoh menunggu ke IPTA, aku mengikuti keluargaku menunaikan umrah Mekkah-Madinah. antara yang didoakan dua perkara ni.antara perkara didoakan dapat masuk IPTA.
bila dapat keputusan penerimaan masuk ke USIM, kebetulan rumah aku sendang buat kenduri doa selamat, hati aku berbunga bahagialah dapat sambung degree di USIM. sungguh bahagia. bersalaman saudara mara jiran tetangga sambil sampaikan berita gembira ni. bahagia dapat melihat ibu bapaku tersenyum bangga.
aku cuak juga takut subjek fiqh fatwa ni belajar full Arabic. lepas tu bila start belajar, aku lega juga ada juga subjek LAW dan lain-lain dalam bahasa Inggeris.
Alhamdulillah. setelah dapat peluang yang kita inginkan, berusaha semampu boleh. Dalam menuntut ilmu, begitu banyak ujian dan dugaan yang perlukan kita untuk sabar. begitu juga banyak pengorbanan perlu kita lakukan untuk mencapai impian kita.
nasihat untuk adik-adik yang masih bersekolah, kenal pasti subjek apa yang anda sangat minat dan cuba cari kaitan subjek tersebut dengan dunia pekerjaan. tetapkan matlamat anda dan burulah impian itu dengan usaha, doa dan tawakal.
Insha Allah, DIA akan memudahkan jalan buat kita.
No comments:
Post a Comment