cerpen ni special sikit sebab pernah disiar di iluvislam. karya pertama saya di siar untuk tontonan umum.hehe
Ketika sedang bersembang
dengan seorang sahabatku, dia berjalan di tepi kami.
"Andai aku diberikan
suami, aku nak yang macam dia lah...." Bisik hati insan kudus ini. Dia
terkenal sebagai pemuda yang "baik-baik". Dia yang aku maksudkan, seorang
jejaka soleh bernama Fakri Hakimi.
Hari ini
merupakan hari bahagiaku. Aku lengkap berpakaian putih berona pink, duduk
bersimpuh di atas pelamin mini akad nikahku dalam majlis serbapink di rumah orang tuaku. Kelibat Fakri
Hakimi yang segak berbaju melayu nyata melegakan keresahan hatiku.
Di kota
ilmu, aku memasang misi ku menghadiahkan segulung ijazah buat ibu bapaku. Aku,
Alin Adila merupakan seorang gadis simple yang
menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Bagiku, tidak perlulah
berpakaian sarat semata-mata untuk ke kelas cukuplah sekadar memakai jeans dan T-shirt lengan
panjang, dan tudung bawal yang menjadi pilihan hati.
Di kolej
kediaman, aku tinggal bersama dua orang lagi roomateku, Mira dan
Maisara. Mira bertudung hanya kerana tepaksa menatuhi syarat wajib di
kampus. Maisara pula sentiasa bertudung labuh. Ditakdirkan Allah, aku
dipertemukan dengan dua insan yang sangat berbeza, berbeza perwatakan dan
juga gaya hidup. Aku masih ingat, hampir beberapa hari aku tidak bertegur sapa
dengan Mira gara-gara mira yang agak kasar memarahiku semula apabila aku
menasihatinya agar memakai tudung di luar kampus. Maisara pula
berbeza perwatakannya, dia pernah menegur cara aku
berpakaian menampakkan bentuk badan waima bagiku, aku
telah menutup aurat sepenuhnya. Magis sekali, kami dipertemukan dalam
titik perbezaan ini!
"Kau
ni tak sportinglah.
Jomlah,ikut aku pergi picnic dekat
Port Dickson dengan kawan-kawan Zaki, Takkan lah aku nak ajak
Sara yang bertudung labuh tu pulak," Mira mengajakku dengan penuh
kesungguhan.
Kalau diikutkan hati, aku
memang tidak mahu menurut ajakan Mira tetapi kata-kata mira
seterusnya membuatkan aku terasa dan kalah dengan prinsip hatiku sendiri.
"Ke
kau jelous tengok aku dengan Zaki dating?
Yelah kau kan tak ada pakwe," Sinis Mira. Lantas aku membuat
keputusan untuk pergi juga, "yelah, aku pergi."
Sara
yang sememangnya kerap tiada di kolej kediaman kerana sibuk
dengan pelbagai aktiviti persatuan, membuatkan
aku menjadi lebih rapat dengan Mira. Aku, bukanlah alim
orangnya, namun sejak zaman sekolah lagi aku tidak biasa bersosial
dengan kawan-kawan lelaki. Akan tetapi kulihat Mira sangat mudah
membenarkan Zaki menyentuh tangannya, mendakap mesra tubuhnya dan memeluknya.
Zaki, bukanlah seorang yang jahil akan hukum hakam agama malah, dia merupakan
seorang pelajar Pengajian Islam yang sepatutnya lebih faham dan arif tentang
perkara yang haram dan halal. Seorang lelaki yang baik bagiku akan memuliakan
seorang wanita bukan hanya merosakkan wanita tersebut dengan menurut hawa nafsu
semata-mata.
"Ustazah
je lah carikanlah untuk saya," gurauku ketika diusik Ustazah Harlina
Hashim mengenai soal jodoh. Aku bersyukur dikurniakan seorang ustazah sebagai
mentorku, malah aku sangat rapat dengannya. Perbincanganku dengan ustazah
mengenai soal jodoh tersebut membuatkanku terfikir bagaimana akan aku
tenemui jodohku nanti. Adakah aku akan menjadi seperti Mira dan Zaki,
bertahun-tahun bercinta bagai nak rak , berdating dan bermadu kasih atau....
Aku menamatkan pertanyaanku
sendiri tanpa sebarang jawapan yang pasti. Setelah selesai perjumpaan dengan
mentorku, aku mendapat maklumat bahawa pelajar tahun kedua diwajibkan
menghadiri program khas di masjid. Jujur aku katakan, aku cuma
pergi ke program tersebut kerana terpaksa kerana diwajibkan untuk pergi,
jika tidak jangan haraplah aku akan pergi menghadiri program seperti
itu. Program yang dimaksudkan adalah sebuah program diskusi ilmiah yang
memperlihatkan Fakri Hakimi sebagai salah seorang barisan panelnya. Aku
mengenalinya ketika terlihat poster-poster yang terpampang di segenap
ruang kampus ketika pilihan raya kampus semester lepas. Setelah
beberapa minit diskusi berlangsung, aku mula mengagumi Fakri dalam diam.
Kagum kerana dia merupakan seorang bakal jurutera akan
tetapi begitu petah berbicara soal agama.
Rasa
kagumku kepadanya tidak terhenti di situ. Aku menjadi lemah dan
tertawan dengan gaya penampilannya yang kemas dan segak, tutur katanya
yang berhikmah dan ketinggian ilmunya. Pada satu hari Sara
mengajakku menghadiri program ilmiah yang akan diadakan di luar kampus,
"Alin nak join program yang bakal diadakan di luar kampus hujung
minggu ni?, Fakri Hakimi, one of the panel kat
masjid semalam minta tolong aku carikan peserta untuk
memeriahkan lagi program ini.
"Erm, bolehlah,"
balasku setelah berfikir seketika. Sebenarnya sudah beberapa kali
Maisara mengajakku menghadiri program-program keagamaan seperti ini tetapi
aku bukan sahaja malas untuk melibatkan diri, aku juga segan
untuk turut serta dengan program-program seperti ini kerana aku bukanlah
sealim Sara yang mengenakan tudung labuh. Aku takut persepsi mereka terhadapku
adalah negatif.
Tetapi kali ini, aku
mengagahkan diri untuk turut serta demi Fakri Hakimi. Semakin
aku mengenali Fakri Hakimi, semakin aku sedari dia lah lelaki yang aku
dambakan selama ini. Sejak itu aku semakin giat menyertai
program-program ilmiah dan keagamaan yang diadakan di luar kampus mahupun di
dalam kampus. Malah, aku mula berjinak-jinak memakai tudung bidang 50 dan
seterusnya bidang 60. Aku berpegang dengan kata-kata hikmah ini , 'Kalau ingin
mencari yang soleh, maka jadilah yang solehah dulu!'
"Kalau anti suka pada
seseorang tu, lebih baik beterus terang," bicara Fakri padaku
menjawab kepada persoalanku mengenai jodoh yang aku utarakan kepadanya.
"Tapi ana seganlah, macam
perigi cari timba je," balasku ringkas dengan nada perlahan. Dadaku
berombak kencang dengan tiba-tiba.
"Sama ada perigi mahupun
timba kenalah sama-sama mencari, mintalah pertolongan daripada Allah. Selain
itu kalau anti segan, ana rasa lebih baik sekiranya anti gunakan
orang tengah seperti yang dilakukan oleh Saiditina Khadijah," cadang Fakri
dengan penuh berhikmah. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa dia lah orang
yang aku maksudkan.
Setelah berhari-hari
memikirkan kata-kata Fakri tempoh hari, aku mengambil keputusan untuk
menuruti cadangan kedua yang Fakri utarakan. Aku berpendapat Sara
adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi orang tengah antaraku dan Fakri
kerana Sara sudah lama mengenali Fakri. Aku yakin, Sara juga
tahu sedikit sebanyak latar belakang Fakri.
Dengan
hati yang berdebar-debar aku berjalan ke arah Sara yang ketika itu sedang
melayari internet menggunakanlaptop berjenama Dell miliknya.
Belum sempat aku memulakan bicara, Maisara terlebih dahulu
memulakan perbualan sebaik sahaja dia menyedari kehadiranku
disisinya. "Cantikkan tunang Fakri ni, manis dan baik sungguh
orangnya. Aku jumpa dia masa aku joinprogram di UIA minggu lepas, tak sangka sudah
hampir setahun mereka bertunang. Pandai sungguh Fakri berahsia," ujar
Maisara sambil matanya masih tertumpu menghadap laptop.
Aku tergamam, terasa seperti
ingin menitiskan air mata di situ juga, jasadku masih disitu namun ku rasa roh
ku seakan-akan telah melayang terbang dan hilang. Ya Allah, ini
merupakan tamparan yang maha hebat bagiku!
Tanpa pengetahuan sesiapa,
termasuk Mira dan Sara, aku cuba menyembunyikan kesedihan yang
sebenarnya tidak mampu untuk ku bendung. Aku berubah kerana Fakri, aku
juga tampil dengan penampilan yang lebih islamik kerana Fakri tetapi semuanya
hanya sia-sia! Apa kurangnya aku, Ya Allah? Ternyata kini, rupanya rinduku
dan rasa kasihku selama ini adalah kepada tunangan orang!
Astagfirullahalazim...
Keesokan harinya, terasa
sungguh berat kaki ini ketika melangkah menuju ke program ilmiah yang
diadakan di auditorium Fakulti Kejuruteraan. Aku cuba mengelak
memandang wajah Fakri ketika bertembung dengannya disana. Tidak sanggup rasanya
melihat Fakri yang sentiasa ceria itu sebenarnya sudah menjadi tunangan orang
lain.
"Wah Fakri,
cantik tunang anta. Pandai anta pilih. Kalau bukan sebab program di UIA
haritu mesti sampai sekarang ana tidak tahu anta sudah bertunang," Sara
menegur Fakri setelah program tersebut selesai.
"Sebenarnya kami
memang berhasrat untuk tidak menghebohkan pertunangan kami.
Insya-Allah pada hari pernikahan nanti saya akan menjemput kamu berdua ke
majlis kami. Sebenarnya, kami tidak pernah berjumpa. Selama ini, kami cuma
berbicara di telefon perkara yang perlu sahaja. Sejak awal lagi ana
telah serahkan urusan jodoh ini semuanya di tangan keluarga," jawab
Fakri yang membuatkan aku terpegun serta merta. MasyaAllah,
benarlah seperti yang aku katakan di atas tadi, seorang lelaki yang baik
akan memuliakan seseorang wanita, dan Fakri adalah tergolong dalam
golongan lelaki yang baik itu.
Malam itu, aku merintih dalam
doa kepada Rabbiku. Betapa berdosanya diri ini, Ya Allah. Selama ini aku tidak
ikhlas dalam perubahanku. Aku bertudung labuh semata-mata demi seorang lelaki.
Malah,aku perjuangkan dakwahMu cuma kerana aku ingin dekat dengannya, bukan
ikhlas keranaMu. Bercucuran air mata turun dan mengalir dari kelopak
mataku. Hari-hari berikutnya, aku meniti kehidupanku dengan tabah
dan berharap keampunan Allah S.W.T untukku.
Alhamdulillah. Aku telah
terpilih mengikuti program pertukaran pelajar di University Sydney, Australia
selama 3 bulan. Bagiku pemilihan ini merupakan satu rahmat besar
buatku. Sedikit demi sedikit aku sudah berhenti memikirkan Fakri dan lebih
menumpukan mindaku menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi
Australia. Setelah beberapa minggu di sana, aku membuat panggilan kepada
Ustazah Harlina Hasyim.
Kalau dah suka sangat duduk
di Australia tu, baguslah. Lagipun ustazah ada anak saudara yang sedang
belajar medik disana. Kemungkinan besar dia akan bekerja di sana juga
selepas mendapat ijazah akhir tahun ini. Senang macam ni, ustazah jodohkan
dia dengan kamulah."gurau Ustazah Harlina sambil tergelak kecil.
Ya, siapa sangka gurauan itulah
yang mengukir episod-episod seterusnya dalam hidupku. Gurauan tiga
tahun lepas itulah yang membuatkan aku bahagia meniti hari-hari ku
yang sebelum ini pernah malap kerlipannya. Hari ini hari bahagiaku, dan aku
Alin Adila kini sedang menghampiri sebuah perkahwinan
yang dibina atas dasar yang suci.
Di atas permaidani itulah bakal
suamiku, Dr.Haikal Azim, seorang doktor yang bekerja di Sydney Children's
Hospital, Randwick Australia. Nampaknya aku akan kembali menetap di bumi
Australia. Jika tiga tahun lepas aku menetap hanya selama 3 bulan
mungkin selepas ini bertahun-tahun lamanya. Sesungguhnya Allah lebih
mengetahui apa yang bakal terjadi. Ditakdirkan Allah, aku tidak menikahi
lelaki yang bernama Fakri tetapi yang akan aku nikahi sebentar
lagi merupakan sahabat baik Fakri sejak kecil. Satu kebetulan yang
aku sendiri tidak jangka selama ini.
Hari ini Fakri kelihatan
cukup segak berbaju melayu berada di sisi bakal suamiku yang akan aku
nikahi sebentar lagi. Kelegaan aku ketika melihat kelibat Fakri tadi adalah
kerana sekiranya bayang Fakri kelihatan, sudah tentulah bakal
suamiku telah tiba disini bersama rombongannya. Fakri dan Haikal sememangnya
terlalu akrab. Suatu ketika dahulu aku pernah berkata bahawa aku
ingin mendapat suami macam dia (Fakri).
Alhamdulillah
Allah menemukan aku dengan Dr.Haikal Azim yang sifatnya, akhlaknya sebaik Fakri
yang dahulunya sering aku kagumi. Aku teringat kata-kata Fakri suatu
ketika dahulu. "Perigi dan timba harus sama-sama mencari." Aku yang
meminta 'dicarikan jodohku' oleh ustazah (walaupun bukan secara direct) dan bakal suamiku
pula meminta mak longnya mencarikan bakal isteri buat peneman hidupnya
di perantauan. Fakri sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya yang
merupakan tunangannya suatu ketika dahulu pada tahun lepas. Kini, mereka
kelihatan begitu mesra bersama. Aku berdoa semoga kebahagiaan itu menjadi
milik mereka selamanya dan kebahagianku adalah pemilik hakiki hatiku kini.
No comments:
Post a Comment