Monday, February 3, 2014

Hari ini lebih baik dari semalam

Bismillah.

 harus niatkan dalam hati setiap hari

Hari ini lebih baik dari semalam.

try to be a better person everyday.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum

melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya."

Jika kita tidak berusaha meningkatkatkan keupayaan diri,

 pastinya kita akan terus berada di takuk lama.


usaha selalu membuahkan kejayaan.  Pepatah Arab ada berbunyi sebegini,

 "siapa menanam usaha. dia akan mendapat hasilnya."

  Allahamdulillah, jika pernah menempuhinya.

  Tetapi ada ketika  kadang-kadang usaha tu tak

membuahkan hasil, setelah kita berusaha sedaya mungkin.

 anggaplah itu ujian Allah.  Allhamdulillah, bila pernah jua menempuhi.

"Allah tidak akan menguji hambaNya  melainkan

hambaNya itu mampu berhadapan dengan ujian tersebut."

mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.

seperti itu jua keimanan & ketaqwaan yang perlu

 usaha untuk merasai manisnya nikmat iman.