Tuesday, February 11, 2014

Mujahadah cinta

 Renungan,pertuturan….sungguh Amran  terpaku melihat safira, akauntan baru syarikat milik Datuk Jamil, bapa Amran..Amran lulusan ekonomi Universty Harvard. Begitu ramai sekali perempuan yang jauh lebih cantik dan seksi daripada Safira dikenalinya, entah mengapa gadis bertudung ini begitu menarik perhatiannya. Mungkin sudah sampai seru buat Amran memikirkan masa depannya, umurnya juga sudah menginjak 30 tahun. Arghhhh…Safira,begitu misteri sekali. setiap kali Amran memerhati Safira di dalam mensyuarat, pasti ada sahaja buku merah berona pink  di sisi Safira. Diari agaknya,teka Amran. Tidak pernah Safira tinggalkan walau untuk pergi ke Mensyuarat sekali pun!
”Ermmm , maafkan saya, En.Amran”. Lantas mengutip semua fail yg terjatuh ke lantai. Segan Safira, bagaimana dirinya begitu cuai sampai boleh terlanggar En.Amran. Amran tersenyum melihat Safira yang agak malu-malu tadi. Ingin sahaja Amran mengajak Safira lunch, tapi melihat Safira yang begitu tergesa-gesa jumpa client, terpaksalah dilupakan hasratnya itu. Buku merah di lantai segera mematikan lamunan Amran. Amran kenal  benar buku itu,  dan ia milik Safira…..

Pemandangan cantik Kota Amsterdam, kota terbesar di benua Eropah sudah menjadi kebiasaan buat Safira. Sudah menjadi kebiasaan buat Safira bila ada kelapangan membaca karya Zakri Hakim di atas bot sambil ditemani pemandangan cantik kota Amsterdam. Kiriman teman karibnya, Iman Nur Nissa dari Malaysia. Safira, peminat setia karya-karya Zakri Hakim sejak Safira dan Nissa di MRSM lagi. Semua karya Zakri Hakim tersimpan rapi di kamarnya. Malah ketika ingin melanjutkan  pengajian di Amsterdam pun, masih mahu diangkut semua karya Zakri hakim bersamanya. Mengeleng kepala Nissa melihat telatah temannya itu. Itulah tabiat pelik Safira Balqis yang begitu menyanjungi Zakri Hakim. Jauh dari keluarga dan teman-teman rapat, kesunyian yang begitu menggigit jiwanya..dan di dalam karya-karya Zakri Hakim safira menemui ‘Malaysia nya’. Karya yang sarat jiwa melayunya dan wadah islam alurnya…..itulah magisnya Zakri Hakim yang Safira sendiri tidak mengerti.

Kau jangan lupa datang  malam ni, ada gathering students Malaysia kat  area Oxford street. Pesan Humairah, teman sebilik Safira. Mereka berkunjung ke London hari ini.
“ Ok”.balas safira yang begitu asyik menonton siri kegemarannya, Glee.
Jam dah menunjukkan pukul 8, Safira masih berada di Notting Gate. Tersengih Safira  melihat kelibat Humairah yang menuggunya lama di situ. Arghhh….biarkan, sekali sekala. Selalunya aku yang menunggu mereka. Desus Safira. Tak lama selepas itu, majlis dimulakan. Sungguh bosan sekali. Lantas Safira mengambil novel di dalam begnya lantas menyambung kembali bacaanya. He’s not good looking, but ......  Haikal Azim, entah mengapa dirasakannya jejaka tinggi lampai ini persis Zakri Hakim. Matanya, caranya berjalan, bertutur. Walaupun Safira tidak pernah mengenali Zakri Hakim secara dekat, Safira pernah melihat Zakri 2 tahun yang lalu di majlis pelancaran novelnya. Tapi Sungguh… kali pertama mengenali Haikal Azim, itu yang terdetik di hatinya.

Arghhhhh…sungguh safira benci dengan cuaca sejuk sebegini..
 ”Manja sungguh anak bongsu mak ni, sejuk sikit tak tahan”. Sungut kak Sofea, kakak sulung Safira melihat adiknya itu yang demam setiap kali Malaysia mengalami musim tengkujuh.
Sendirian di rantauan, nak tak nak, kesejukan perlu dihadapi dengan berani. Musim sejuk sebegini, safira  duduk seharian di rumah jika tiada kelas. Melayari internet, update blog sendiri. Berhubung dengan rakan-rakan lama. Sekali sekala ada juga menjenguk blog Zakri Hakim. Membaca pandangan seorang penulis yang bijaksana seperti Zakri. kali ini mengutarakan isu penggunaaan Bahasa inggeris dalam Sains dan Matematik.
“Bukankah sepatutnya seorang lulusan luar  negara seperti anda berfikir sebaliknya? Bukankah Bahasa Inggeris yang awak pelajari itu sangat membantu memudahkan awak?”
Komen yang sempat dititipnya ketika mengunjunggi blog Zakri Hakim.
 “jawapan yang sama mengapa anda masih menggunakan Bahasa Melayu dengan baik walau anda sedang menuntut di Amsterdam sekarang”.jawapan Zakri di mail box afira.
“Mana awak tau yang saya menuntut di Amsterdam?”
“Blog awak….gambar awak atas bot. Berlatarbelakang Tower Lock Bridge. You are student and I think you are from university Leiden, right? I hve been there in Amsterdam once for seminar.”
“Penglihatan yang  sungguh tajam, saudara penulis”
“Siapa lagi nak gunakan bahasa melayu dengan baik selain melayu sendiri…betul tak?”
Can you give me an answer based on fact, please?”menebak pandangan ilmiah Zakri.
“Saya pernah menghadiri sebuah seminar di Universiti Munich selama beberapa hari.” Saya sangat kagum dengan masyarakat Jerman, semangat cintakan bahasa sendiri. Kebanyakan mereka begitu memertabatkan bahasa sendiri dan tidak bertutur dalam bahasa lain. Jerman dan Jepun, sebagai contoh negara walaupun tidak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya masih mampu maju“. balas Safira.
Hujah yang seterusnya mengapa suatu ketika dulu bahasa melayu boleh  dikenali sampai ke tahap  lingua franca? Siapa lagi ingin memartabatkan bahasanya sendiri melainkan bangsanya sendiri. Siapa yang harus mempertahankan agamanya sendiri melainkan penganutnya sendiri? “Petikan dari sebuah novel awak kan?
“Anda juga memiliki mata yang sangat tajam,saudari.....? Petikan novel saya yang pertama, Mujahadah Rindu, 5 tahun yang lalu. Awak pernah membacanya?”menebak jawapan safira.
“Easy call me , Safira. Secara jujur saya akui meminati penulisan awak, Zakri.isu-isu segar yang awak kemukakan.berkaitan Islam dan melayu . Begitu dekat dengan jiwa saya. Saya juga sangat meminati bidang penulisan sebenarnya akan tetapi tiada kesempatan untuk menulis. Menulis diari pun saya malas.”
“Menulis diari agak bagus sebenarnya, try it,Safira. Pasti awak ni orang yang banyak idea. Bolehlah saya minta pendapat awak bila saya hasilkan karya terbaru nanti.”
“Insyaallah.”Balas safira ringkas.

Cuti musim panas menjelang tiba. Penutut university Leiden merancang percutian masing-masing. Tidak ketinggalan Safira yang memang kaki jalan. Kali ini Safira merancang mengikuti percutian ke Paris dan Jerman bersama penuntut –penuntut Malaysia yang lain. Hari yang dinanti akhirnya tiba. Sungguh teruja sekali Safira menyertai percutian ini. Safira akan menulis semua catatan percutian di diari miliknya buat pertama kali. Galakan dari Zakri. Sebuah diari merah berona pink. Walaupun agak merimaskan memandang Haikal Azim turut serta. Malah, dia yang begitu beria menganjurkan trip ni. Dari mana sumbernya entahlah, Safira dan Haikal sering diperkatakan di dalam kelas.
“mulut tak de insurans diorang ni.”
safira tidak menyedari semuanya pada mulanya,tapi bila  mereka berada dalam kelas yang sama bagi subjek Bahasa Jerman, kelas Maddam Mevrouw  De Vries. Safira, mula meyedarinya dan sungguh Safira tidak senang dengan keadaan ini. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan dan trip ini mesti diteruskan jua oleh Safira! 
Mereka ke Jerman dengan menaiki kereta api D217 Austria Express. Setibanya mereka di Jerman,mereka terus menuju ke hotel. Keesokan harinya mereka melawat beberapa tempat bersejarah dan menarik seperti Kampung Olimpik, Universiti Munich, Muzium Nasional dan Izar Gate. Madam Mevrouw De Vries turut serta. Sebenarnya lawatan sambil belajar buat mereka. Universiti Munich, universiti  inilah yang pernah disingggahi Zakri dulu. Benar katanya, mereka tidak bertutur bahasa lain dan agak sukar bagi Safira dan lain-lain di sana jika Madam Mevrouw tiada. Agak sukar juga buat Safira. Bila Haikal tidak putus-putus menagkap gambar candid Safira. Tidak kiralah di Kampung Olimpik, Universiti Munich, Muzium Nasional dan Izar Gate. Pelik lelaki ini, Safira sungguh tidak selesa. Banyak lagi perkara menarik untuk ditangkap, mengapa gambar Safira juga yang ditangkap. Hari berikutnya mereka menuju ke Paris. Dalam perjalanan, mereka singgah di Belgium untuk makan tengah hari. Sungguh tak disangka, sebuah restoran makanan melayu di Belgium! Milik untie Zarina, ibu saudara Haikal. Terkesima Safira melihat Haikal yang begitu menghormati dan menghargai ahli keluarganya.
“persis ayah sekali.”desus hati kecil safira.
Tumpuan di fokuskan kembali kepada Untie Zarina semula. Bagaimana gigihnya seorang wanita melayu meneruskan perniagaan restorannya di kota Belgium. Untie Zarina berbesar hati juga mengikuti percutian seterusnya ke Paris. Mereka sampai di Paris pada pukul 5.00 petang. Gaya hidup masyarakat Paris berlainan sekali. Mereka melihat orang memikul roti panjang di bahu seolah memikul kayu. Mereka melawat beberapa tempat popular di Paris seperti tugu zaman Napoleon Bonapate dan Eiffel Tower. Napoleon Bonapate, Safira pernah melihat karakter ini dalam filem Night At Musseum 2. Salah satu watak terjahat dalam sejarah dunia..Ketika di Eiffel Tower, untie Zarina menceritakan saat-saat dia dilamar suaminya di sini. Ahli rombongan wanita yang lain termasuk Safira begitu excited mendengar cerita Untie Zarina. Haikal turut serta dalam perbualan itu. Ketika inilah safira berpandagan mata dengan Haikal.Arghhh….pandangan mata Haikal. Lantas membuat Safira tersipu-sipu malu.

Mereka kemudian pergi melihat toko-toko yang menjual barang-barang berjenama. Mereka pergi ke pusat membeli belah yang termasyhur seperti Christian Dior, Pieget, Ninna Ricci dan Landcome. Shopping time! Saat yang sangat dinanti Safira dan lain-lain. Safira membeli beberapa barang kegemarannya. Setelah puas shopping, mereka bertolak pulang semula ke Belanda. Ketika dalam perjalanan pulang, senyum meleret terukir di wajah Safira. Gembira sekali melancong di Paris dan Jerman. Membeli barang idamannya dan mungkin juga pandangan Haikal tadi sedikit daripada kegembiraannya. Nonsense….mematikan fikiran sebegitu.

MUSIM sejuk dingin dua hari sebelum hari minggu di Belanda adalah pengalaman Safira melihat dan terlibat dengan salji secara langsung. Percutian solonya di bumi Belanda. Mulanya  menyaksikan butir-butir salji berjatuhan di balkon dan lanskap yang memutih sejauh mata memandang. Semuanya nampak sungguh indah sekali. Dua hari pertama itu salji turun,  berusaha menikmati pemandangan di mana-mana. Safira ke Amsterdam, keliling pusat kota Utrecht, dan berbasikal di sekitar Zeist.
Nice to meet you, Princess Safira.
Mat Saleh mana yang tahu nama aku ni”desus hati kecil Safira.
“ ‘Prince Haikal’ awak pun awak tak cam.  Saya hampir  terjatuh dari basikal kejar basikal awak tau.” Senyuman nakal Haikal, memberhentikan basikalnya di hadapan basikal Safira.
“ Awak terjatuh sebab awak anak orang kaya, mana pandai naik basikal.” Sambil menjelir lidah ke arah Haikal dan melajukan kayuhannya.
Minggu  itu, salji turun sepanjang hari sehingga ketebalannya di balkon Safira, hampir mencapai 30 cm! Menurut berita di situs Radio Nederland, Badai salji yang turun di beberapa negara Eropah ini memang telah memakan cukup banyak korban. Menurut jadual dan tiket yang Safira pegang, bas Eurolines ke Frankfurt akan berangkat pukul 09.45 dari Utrecht CS. Jadi, pukul 8.30 saya sudah menuju Utrecht CS dan tiba di halte bas Eurolines di Jaarbeursplein pada pukul 09.00. Halte bas Eurolines adalah satu komplek dengan halte bas-bas kota lain di barat Utrecht CS itu. Cerita buruknya ialah, tidak ada tempat duduk untuk orang-orang yang menunggu di ruang terbuka itu. Jalanan, pohon-pohon yang meranggas, basikal yang diparkir cukup lama, semua memutih akibat badai salji kemarin. Putih dan tebal. Butir-butir salji di pepohonan itu sesekali tertiup angin dan jatuh ke bawah.
Waktu berjalan lambat-lambat, masa menunggu. Tak terasa waktu menunjukkan sudah pukul 10.00s. Saya menunggu dengan agak cemas, kerana udara dingin sejuk di situ seperti sudah tak boleh tahan. Yang paling terasa adalah kaki dan tangan—agak kaku, macam nak beku. Sesekali saya pindah ke tempat lain yang tak bersalji, agar kasut tak kena terus dengan salji tebal itu. Tetapi tetap tak boleh kerana suasana sejuk sudah di mana-mana.
“Awak lagi, Haikal. Tak boleh ke awak jangan asyik ikut saya?” terketar-ketar suara Safira menahan kesejukan.
“Awak yang ikut saya tak?  Tak sangka awak pun suka percutian solo macam saya. Love is many splendored thing. “ tergelak-gelak  Haikal melihat keadaan Safira sebegitu.
Bila sudah pukul sebelas nampak ada bas Eurolines masuk ke area Jaarbeurs, Safira berharap ini adalah bas ke Jerman. Ternyata bas itu rupanya hendak ke Paris. Menjelang pukul 12, Safira sudah tak tahan dengan sejuk, namun masih dalam penantian yang serba tak jelas itu. Safira hairan, mengapa tak ada kabar dari Eurolines. Hanya tinggal Safira dan Haikal berbangsa Asia di sini. Safira memerhatikan Haikal dari jauh. Haikal mencuba menelefon ke pejabat Eurolines di Amsterdam.
 “Kena berbaris panjang, malaslah nak telefon. Jom, ikut saya.”
“Nak ke mana?”
 “komplek Utrecht CS. Mungkin boleh panaskan badan sikit.”
“Tak naklah ikut awak.”
“Simpanlah jual mahal awak tu.  Mat Saleh kat sini bukan pandai cakap Inggeris pun.”
 Haikal dan Safira duduk-duduk di ruang tunggu Utrecht CS, tepatnya di dekat Blue Screen, papan jadual asal bas. Sambil menikmati segelas kopi,  Haikal berbicara.
“ Awak bencikan saya semata-mata sebab saya anak orang kaya”
“ Tak, sebab awak kaki perempuan, kaki bola, kaki kelentong.”
“ But  I am really love you, Safira.”
Safira terkedu seketika mendengar pengakuan Haikal. Memaling muka, cuba mengelak memandang wajah Haikal. Jantungnya berdegup kencang bagai nak pecah!
“Biar saya cuba pulak call pejabat Eurolines.”kata Safira mengelak rasa hatinya.
 Meski berada di giliran ke 17, Safira terus menunggu. Setelah menunggu sekitar 15 minit bimbang kad habis duit,  menyambung dengan operator. Khabar buruk seterusnya setelah diperiksa petugas memberitahu, bas Eurolines ke Frankfurt baru saja meninggalkan Utrecht! Petugas itu menjelaskan bahawa hari itu semua jadual bas jadi kacau-bilau kerana badai salji.
“ Apa guna beri nombor telefon untuk pemesanan tiket jika dalam situasi darurat seperti ini saya sama sekali tak dapat maklumat! “ Marah Safira kepada petugas itu sambil meletakkan panggilan. Sebenarnya bertujuan meredakan gelora hatinya.
“Awak memang saja kan ikut saya, padahal tiket Eurolines itu  murah. Buaya darat macam awak memang bijak bab macam ni, saya bencikan awak!   Safira berlari menjauhi Haikal.
Larian Safira terhenti bila sekumpulan pemuda Dutch mengerumuni Safira. Mujur Haikal mengikut Safira dari belakang. Akibatnya tangan Haikal tercedera sewaktu bertekak dengan lelaki-lelaki Belanda tersebut.
“ Thank You, Haikal.” Rasa bersalah mula bersarang di hati Safira.
“Listen, Safira. I pun tak tahu kenapa I sanggup biarkan diri I tercedera demi you. Since first time I meet u, everything you do is important to me. Awak berbeza dari wanita lain di hati saya.”
Mata mereka saling berpandangan. Dunia bagai terhenti seketika. Sayup kedengaran pengumuman ketibaan bas ke destinasi mereka. Mereka berlari bersama-sama mengejar bas yang hampir bergerak.
Satu kelegaan tidak terkata berjaya menaiki bas yang ditunggu sekian lama. Haikal dan Safira tersenyum berpandangan sesama sendiri mengenang  episod indah ini. Akhirnya, pukul empat mereka sudah berada di dalam bas Eurolines ke Frankfurt. Gara-gara badai salji, Safira terhukum kedinginan di Utrecht CS menunggu bas. Gara-gara badai salji, Safira terhukum mencintai Haikal.

Bermula detik itu, Haikal dan Safira semakin rapat. Benarlah kata-kata orang bila selalu diucap akan menjadi doa.Gosip teman-teman sebelum ini menjadi nyata. Safira diulit bahagia menerima kiriman SMS romantis Haikal setiap hari. Safira merancang memberi kejutan kepada Haikal di hari lahirnya. Ketibaannya di Apartment Haikal dirahsiakan. Alangkah terkejutnya Safira melihat Haikal berpelukan mesra dengan seorang wanita.

“Safira,tunggu. I am only love you. Suraya just my friend.” Rayu Haikal

“Kawan tidak menghalalkan awak dan Suraya berpelukan mesra macam ni. I thought you dah berubah, but you disapointed me, Haikal.” Tegas Safira.

Safira, bagi I masa untuk berhibur, kita muda lagi, dengan u  sentuh you sikit pun you tak bagi. Suraya pun tak kisah, she knows you only my girlfriend nowI respect your principe selama ni tak boleh pegang sana sini, kenapa you tak boleh terima cara hidup I.

“Cara hidup you dan I berbeza, Haikal. You never try to change your own life, May Allah show you the truth path, Haikal. Listen Suraya, you memang menjatuhkan maruah gadis melayu with your behaviour.”
Mencurah-curah air mata Safira meninggalkan Apartment Haikal. Meninggalkan Haikal buat selamanya. Hanya pada Allah tempat Safira mengadu lewat solat-solatnya. “Ya Allah, apa salahku?”
Dibelek novel Zakri Hakim yang belum habis dibacanya. Bertujuan meringankan lara hatinya. Tahulah Safira, dia telah melampaui prinsip hatinya sendiri gara-gara cinta yang menjengah. Dia juga telah melampaui ketetepan Allah dalam berkasih sayang. No Couple Before Mariaged. Safira memang tak pernah berzina, bagaimana pula dengan menghampiri zina?Mujur dia tidak terbuai lama diulit cinta Haikal Azim.



Kehidupan diteruskan. Safira meneruskan semester baru.Sampai ke pengetahuan Safira, Suraya dan Haikal semakin kerap keluar bersama sekarang. Memandangkan Haikal yang berada di tahun akhir, tidak banyak kelas sangat. Selalu juga Safira ternampak kelibat mereka keluar berdua-duaan di waktu malam. Semoga mereka kekal seorang melayu Islam yang kekal menjunjung adat setidak-tidaknya. Akibat terpengaruh dengan budaya bebas orang barat, anak orang kaya seperti mereka hanyut dalam ideologi orientalis. sudah menjadi pemandangan biasa anak-anak muda Belanda berpengangan tangan mahupun meneruskan aksi seterusnya di pasar terbuka yang terletak di kiri dan kanan saluran air Oude Rijn. Institusi kekeluargaan juga semakin runtuh di kalangan masyarakat barat. Ada di kalangan teman sekuliah Safira, anak tempatan Belanda yang memilih tinggal bersama kekasih mereka daripada tinggal bersama keluarga mereka. Nampaknya pemandangan yang hampir sama semakin menghampiri pemandangan di Malaysia.Anak muda berpegang tangan lelaki dan perempuan lumrah. Bukan safira menidakkan cinta yang lumrah wujud di kalangan remaja, tetapi haruskah berterusan degan aksi sebegitu. Pernah juga topik ini menjadi perbincangannya degan Zakri. malah Zakri juga pernah membangkitkan isu ini dalam karyanya yang terbaru. Betapa gejala sosial semakin menular di kalangan anak muda Malaysia.

safira kini berada di tahun kedua pengajiannya di Leiden, nekadnya harus dilipatgandakan usaha supaya keputusan yang lebih cemerlang diperolehi. Foto mesra Suraya dan Haikal di Tower Lock Bridge menghiasi screen notebook Suraya. Menggigit rasa di hati safira. Suraya bagaikan lupa Safira seorang perempuan. Sibuk degan tugasan assignment, kuliah dan peperiksaan yang semakin hampir, kerana terlalu letih Safira diserang Asthma sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Petang itu, safira ke London mencari bahan untuk assignment. Sepanjang 45 minit dalam perjalanan, air mata mencurah di pipinya.

Di atas katil hospital,terimbau kembali saat Safira yang pernah diserang Astma ketika mengikuti sebuah program di luar kampus. Haikal bekejar datang bila mengatahui keadaan Safira. Sungguh safira terharu dengan keadaan itu. Kali ini haikal tiada, sungguh Safira terharu. Gagahkan diri jua Safira agar cepat sembuh. safira keluar malam itu jua setelah beberapa jam di hospital. Nekad untuk cepat pulih supaya semua orang melihatnya kuat. Itu tekad Safira. Mana-mana wanita dalam dunia ni pun pasti  terharu   jika ada lelaki yang begitu mengambil berat . Kelemahan setiap wanita, begitu juga Safira. Sendirian di rantauan, terasa sangat dilindungi. Sebelum ini Haikal selalu berhubung dengan Humairah, rakan bilik Safira. Setiap urusan Safira pasti Haikal ambil tahu.

Episod ini harus segera dihentikan! Novel-novel karya Zakri Hakim peneman setia Safira. Safira ingin jadi watak yang kuat seperti dalam novel-novel Zakri. Sekali sekala ada juga berhubung dengan Zakri Hakim. Berkongsi rasa, pandangan dan masalah.Safira seperti mana-mana wanita dalam dunia pastinya sangat sukakan bunga. Safira sering ke Amstedam, di situ terdapat sebuah pasar melelong bunga terbesar dunia. Melihat bungga-bunga yang indah itu, safira senang sekali.
Safira juga selalu mengunjungi temannya di London.menaiki kapal di Hoek Van Holland. Satu hari, sewaktu sedang beratur turun dari kapal, Safira merasakan dirinya sedang diperhatikan dua orang pemuda. Tiba-tiba keadaan menjadi kecoh. Seorang pemuda berambut panjang menembak ke arah pemuda yang berbaris di belakang Safira. Safira panic. Barulah Safira tahu dua orang pemuda itu sedang memasukkan dadah ke dalam beg Safira.Mujurlah pemuda yang berambut panjang yang merupakan seorang penyanyi itu melihat dan cepat bertindak. Kalau tidak, nasib safira akan sama dengan beberapa kes rakyat Malaysia yang sering terjerat seperti ini, ke tali gantung alamatnya atas kesalahan yang tidak sama sekali dilakukan. Al-hamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi, Allah melindunginya. Sering keluar bersendirian, sudah menjadi kebiasaan buat Safira.dan pasti ibu dan kak Mira memarahinya setiap kali.
“Akibat tak dengar kata lah ni,”desus hati kecil safira.
sejak itu ,safira semakin mengurangkan aktiviti  ‘out door ‘nya. Maka nya safira lebih banyak menghabiskan masa memasak di dapur. Setiap kali dia memasak, pasti pintunya diketuk oleh jirannya. Mereka tidak senang dengan bau masakan safira.
 “Orang belanda memang banyak songeh.” Rungut hati Safira.
Maka nya Safira akan membuka tingkap dan memakai baju sejuk ketika memasak. Aneh sekali.
Haikal, dengarnya tanpa Suraya kini. Segala perit jerih Safira berbaloi dengan segulung ijazah di tangannya untuk dibawa pulang  ke Malaysia. Suhu yang ketika itu 15 celcius, Safira melangkah kaki ke Lapangan Terbang Schipol,Amsteram meninggalkan benua Eropah yang penuh suka duka, menuju ke bumi Malaysia yang sangat dicintai.

“Umur kau tu dah dekat 30 tahun, tak kahwin lagi, macam manalah akak tak bising. siang malam fikir kerja je,manalah nak jumpa calon”.sungut kak Mira.
Safira mencium tangan kakak kesayangannya.
”nak pegi mana tu?”
Seperti  itulah taktik Safira setiap kali mengelak diaju pasal kahwin ni.
”Nak pegi jumpa Nissa”Senyuman manis safira buat kakak sulungnya itu sebelum beredar.
Penat safira menjawab soalan yang sama berulangkali. Bukan tak nak kahwin, tapi memang tak ada masa nak fikir kahwin pun.
”wah….cantiknya baju pink ni,siapa bagi?”
 ”Zakri”.balas Safira ringkas.
”kau jumpa dia?”Tanya Nissa excited.
”tak.pos laju.hadiah hari jadi.”balas safira selamba.
”peliklah korang ni, sama-sama kat Malaysia pun main kirim-kirim.kalau tak pernah jumpa sepuluh tahun, macam mana nak pergi ke tahap seterusnya?”
mencubit pipi gebu nisa ”kitaorang kawan jelah,cik adik nissa.”
” kau suka dia kan sebenarnya?”merah pipi Safira, pertanyaan sebegitu memang sangat dielakkan.
“Esok pelancaran novel Zakri terbaru, Rona Amsterdam di PWTC. dia ajak aku datang”
”Mesti kau excited nak datangkan, yelah jumpa sahabat sekian lama? Mesti esok pasti hari membahagiakan kau kan?” Menebak jawapan Safira.
 Safira terdiam membisu seketika.”Humairah, kawan aku di Leiden jemput aku datang akad nikah dia malam tu. Haikal pun datang dan  Haikal nak jumpa aku. Humairah kata Haikal pernah terbaca diari aku sebelum kami semua tamat pengajian tetapi ketika itu Haikal masih tak bersedia jumpa aku lagi. Haikal dah benar-benar berubah kini”
Nissa menyusun bicara ”Kau masih marah?sebab Haikal lupa nak mintak maaf dengan kau. Safira,  Zakri kan  selalu cakap dengan kau, hanya dengan memaafkan semua orang hati akan jadi tenang”
“Apa yang patut aku buat, Nissa? ”balas Safira sugul.
Nissa menghampiri Safira”Jumpa Zakri dengan gembira petang itu, saat yang kau nantikan selama ini dan malam tu pergi majlis Humairah dengan gembira. Dengar segala penjelasan kau nantikan daripada Haikal supaya semua kerinduan kau akan berakhir, safira.” Safira menyarungkan baju kurung berona pink pemberian Zakri. Dipadankan pula dengan tudung hitam kegemarannya. Bussy day today. Safira melihat catatan di diari miliknya. Ramai client hari ini.
Panggilan dari Nissa,”hello,princess dah sedia untuk memilih?”sakat Nissa.
”diorang bukan pilihan untuk aku lah. Aku pun tak pernah cakap aku cintakan diorang.”nada ceria Safira melegakan Nissa.
Semoga kebahagiaan menjadi milik Safira. Kali pertama safira lambat ke pejabat. Safira tergesa-gesa, sehingga terlanggar Encik Amran tadi. Safira bergegas perlu jumpa client di Putrajaya. Selesai tugas, singgah di Masjid Putra untuk solat Zohur.  Membaca Mathurat, amalan Safira sejak dulu lagi. Tenang sekali safira rasakan ketika itu. YaAllah, permudahkan segala urusanku. Ampuniku,Ya Allah. Sekali lagi safira begegas, kali ini ke PWTC memandangkan keadaan jalan yang sesak di Tol Sungai Besi. Pelancaran novel Zakri hampir  bermula. Safira melajukan kelajuan BMW miliknya mencecah lebih 140km sejam.Panggilan masuk di Skrin Blackbery Safira tertera nama Haikal.
Haikal memulakan bicara. “Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam, Haikal.”
Safira gagal mengawal kenderaannya ketika itu yang sedang memotong sebuah lori trailer. Kereta Safira berpusing dan melanggar pembahagi jalan. Safira tercampak keluar terpelanting di bahu jalan. Kereta Safira meletup selang beberapa minit kemudian. Safira meninggal di tempat kejadian.
takdir yang terindah buat Safira. Berjurai air mata Haikal sebaik sahaja mendengar berita dari Humairah.
“Ya Allah, apakah yang telah aku lakukan padanya. Aku bersalah dengan safira hingga ke akhir hayatnya.”penyesalan yang tidak berkesudahan Haikal.
Senyuman manis terakhir dari Safira buat kak Mira.Adik yang sungguh berbakti pada orang tuanya, sempat menunaikan haji bersama ibu dan ayah.
Buat pertama kalinya, safira  menemui Zakri akhirnya. Wajah bersih wanita bertelekung putih itu yang sangat ingin ditatapnya sebelum ini .Bergelinang  air mata di kelopak mata Zakri, ada sesuatu yang ingin disampaikan. Biarlah ia kekal rahsia buat selamanya.
“Moga aku bertemu kau di Jannah Allah, Mujahadah cintaku.” Doa hati Zakri.





No comments:

Post a Comment