Da'ie cinta atau andartu cinta,Citra Edora? No way!….aku
menamatkan pertanyaanku sendiri. Rutin harianku seperti biasa. Seawal pagi aku
sudah bersiap-bersiap ke tempat kerja. Sesudah sore barulah rumahku kusinggahi,
destinasi terakhir dalam catatan kesibukanku. Pensyarah ‘favourite’
pelajar-pelajarku serta peguam terkemuka seantaro Malaysia. Akhirnya aku si puteri
sepi kala malam menjelma.Sadis sekali ayatnya. Benarkah hidup ini sepi
ertinya? ikuti kisah da'ie cinta ini seterusnya dan seterusnya.
Firdaus hakimi….indah nama itu di hatiku. Satu-satunya
teman lelakiku. Opssss,tidak. Jangan salah faham dulu. Bukan kekasih tetapi
satu-satunya teman lelaki yang rapat denganku. Nampak tu masih tak mengaku
lagi. Dengar dulu kisah nya ye. Mustahil tidak terpaut dengan si dia, malangnya aku sering dibayangi dia adalah
merak kayangan dan aku si ulat buku terpencil di kampusku. Suka
duka semuanya bukan menjadi satu masalah untuk berkongsi dengan
firdaus. Keserasian jiwa yang magisnya datang dari mana tidak diketahui. Kita
hentikan seketika kisah firdaus ini ye.
Derita atau bahagia pertemuan dengan Rizal
Ashraf, Allah Maha Mengetahui rencananya. Rizal bertaruh dengan teman-temannya
untuk memiliki hati wanita polos, jujur dan naif sepertiku, seperti Citra
Edora. Muslihatnya diketahui, pinangannya ku tolak selepas beberapa hari
rombongannya sampai ke rumahku. Gadis naïf ini juga tahu sebuah ketegasan, Rizal
Ashraf! Bahagianya mengetahui seseorang menyukai kita, deritanya membenci orang
yang telah kita sukai. Begitulah apa yang aku rasa, cerita hati zaman kampusku.
Melangkah ke alam Chambering,
setapak lagi menuju destinasi di cita-citakan. Saat itu hati teruji lagi.
Buat pertama kalinya, aku benar-benar bertentang mata dengan firdaus hakimi… di hari pernikahannya. Bertahun-tahun
perkenalan di alam maya, tiada titik nokhtahnya hinggalah hari itu. Berkaca
mataku dan firdaus ketika itu, saatku serahkan hadiah perkahwinan.
”Maafkan
aku,Edora.” sepantas kilat aku memaling mukaku dari pandangan si dia yang ku
sayangi itu , menahan sebak di hatiku.
” maafkan aku, Daus.
semoga kau bahagia” aku yang tidak dapat meneka versi ikatan di hatimu. Getar di jiwa hati kita, ku biar sepi. Hingga
kau sangka tiada yang lebih berharga dari kerjaya bagiku. Kau, silap. Aku ingin
sekali menjadi yang halal untukmu, yang akan kau kucup wajahku hari-hari dalam
hidupmu.
Aku semakin sibuk dan kekadang menyibukkan diri agar
perkara-perkara lampau tidak terkenang. Suatu hari hatiku dirisik sekali lagi
oleh seseorang yang aku yakini agamanya. Seorang lelaki berumur sekitar 4o
tahun. Statusnya,seorang suami dan seorang bapa. walaupun aku seorang peguam, tidak
bererti aku seorang anti-poligami. Siapalah aku untuk menolak perkara
yang menjadi keharusan bagi yang berkemampuan. Aku tidak mahu menjadi seperti
andartu lain kerana terdesak untuk berkahwin memilih suami orang sebagai
pasangan hidup. Aku mengenakan syarat dahulu untuk menemukan aku dengan
isterinya sebelum aku memberi apa-apa keputusan. Aku kaget setiba di rumah
mereka .Isterinya memelukku, memegang erat tanganku bagaikan aku ini saudaranya
sendiri. Suaminya masih dilayan begitu baik, anak-anaknya begitu terdidik. Sebuah keluarga mawaddah dan sakinah. MasyaAllah,
aku takjub seketika. Dibulatkan hati dengan istikharahku, aku menolak
lamarannya. Tidak tegar menghiris hati wanita persis bidadari syurga itu. Pastinya
sebabku yang utama jua, aku tidak sanggup dimadukan. Aku tidak sekuat
kakak itu untuk sanggup berkongsi kasih seorang suami dengan wanita lain.
Aku melangkah setapak lagi dengan meyambung pengajian di
peringkat Master. Aku kini seorang pensyarah berusia sekitar awal 30 an. Dalam
rangka berkira-kira ingin menyambung pengajianku di peringkat PHD ”kak long ni
bila lagi ye?” rimas rasanya menjawabnya soalan ibu dan mak cik-mak cikku
di kampung. Mana tidaknya,sudah tiga adik-adikku berkahwin. Melangkah bendul, akulah
paling best menerima
hadiah dari adik-adikku. Bukan mudah mencari lelaki baik untuk dijadikan suami
zaman sekarang ni. Diakui juga kebanyakan lelaki gayat untuk mendekati wanita
berkerjaya tinggi. Wanita seperti kami
dikatakan terlalu memilih. Benarkah begitu?
Sesekali terasa kesunyian menghuni diri di saat
kebanyakan teman-temanku sudah membina keluarga, aku masih sendiri. Terfikir
juga ingin mengambil anak angkat seperti kebanyakan artis belum berkahwin di
Malaysia. Cumanya aku kasihankan nasib anak itu, tidak miliki sebuah keluarga
yang sempurna tanpa seorang ayah. Macam-macam trend wanita sekarang. Biarlah aku
mengisi kekosongan ini di jalan Allah. Ada kelapangan masaku aku gunakan dengan
terlibat akitiviti-aktiviti dakwah, menghadiri
majlis-majis agama selain terlibat dengan kerja-kerja amal.
baru-baru ini aku diserang seorang Datin gara-gara aku
disyaki menjalin hubungan dengan suaminya. Sudah nasib andartu agaknya, sedangkan
Dato’ tersebut tidak lebih dari seorang client
padaku. Satu sahaja cara menghindar diri dari fitnah, perkahwinan. Tapi
aku nak kahwin dengan siapa ye?....Kuntuman mawar merah yang baru dihantar
mematikan lamunanku. Lantasku baca kad pada bunga itu. ’Saya bukan student awak lagi, saya peguam junior syarikat guaman awak. Sila beri tunjuk
ajar, bidadariku. ’Pemuda yang 8 tahun lebih muda dariku, Eman Aman Azim. Aku
yang masih berkira-kira menimbang lamaran pemuda yang tak pernah kenal erti
putus asa memikatku. Sekali lagi aku tidak mahu terperangkap dalam dilema
andartu yang terdesak ingin berkahwin dan akhirnya memilih lelaki yang jauh
lebih muda. Sama ada bersetuju dengan pilihan jodoh ibuku atau lamaran si dia
ini? Hatiku berteka-teka sendiri.
No comments:
Post a Comment