Tuesday, February 11, 2014

Mawar Hati


Menggeleng kepala Kayra melihat telatah murid-murid sekarang. Sekolah rendah pun tak habis lagi, dah pandai bercintan-cintun. Dua orang murid tahun enam ditangkap guru displin dating berdua-duan ketika menghadiri kelas tambahan di sekolah. Kayra kini bertugas sebagai seorang guru sains dan matematik. Kayra yang sedang membelek-belek buku ringkasan mengajar. Email dari Ashram ‘superhero’ dalam inboxnya  mematikan lamunan  Kayra. Ashram, superhero di hatinya sejak di Tingkatan dua lagi. Disimpan kemas di hatinya, jauh dari pengetahuan Ashram dan sesiapa pun. Tidak dinafikan sememangnya perasaan ingin berpasangan sangat kuat di usia sebegini, namun seharusnya kita bijak mengawalnya. Entahlah, ketika kayra bersekolah dahulu tidak pernah terlintas pun di benak fikiranya ingin bercintan-cintun. Kayra yang begitu tegas dengan visi mujahadahnya. Menjaga segala pandangannya dari lelaki ajnabi. Menjaga ikhtilaf perhubungan antara lelaki dan perempuan. Couple, perkataan yang sudah tidak asing di alam menengah. Sudah terang lagi bersuluh couple itu haram. Rata-rata teman-temannya begitu asyik melalui frasa tersebut. Termampu mencegah di hati sahaja. ”Kau ni kayra jual mahal sangat, nanti peminat-peminat kau lari baru tau” Kayra sekadar tersenyum. Kayra seperti gadis-gadis lain punya ‘peminat-peminat’, gosip sudah dikira kebiasaan buat Kayra di alam persekolahan. Namun, semuanya ditolak secara baik oleh Kayra. Bukan berniat melukai sesiapa. Melangkah kaki ke universiti, Kayra seakan tidak  betah lagi. Kebanyakan teman-temannya sudah ‘berpunya’. Hinggalah suatu ketika kayra ‘dikalahkan’ egonya oleh si iskandar ini. Perkenalan dengan iskandar membibitkan rasa  di hati ‘mujahadah’ ini. Masyaallah, Kayra tersedar. Secepatnya ingin mengakhiri perasaan ini, ingin menjadi yang halal buat Iskandar.  Lantas pinangan Iskandar di usia perkenalan sesingkat ini menyentuh hati Kayra Kayril, menghadirkan segenap sudut hatinya buat Iskandar.  Keikhlasan yang diyakini dari pandangan mata Iskandar. Ingin bergelar zaujah di sisi Iskandar di usia semuda mereka, sehidup semati dalam susah dan senang. Sayang sekali, tuba dibalas Iskandar.  Sudah tertulis, semuanya berantakan kini. Takdir yang tertulis  buat Kayra dan Iskandar.

***
Tiada Kayra menduga niatnya sekadar suka-suka menghadiri uji bakat di sebuah stesen televisyen telah menapakkan nama Kayra Kayril di bidang penyiaran. Bermula dengan tiada apa-apa asas dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, namun berbekalkan minat dan usaha yang gigih, sedikit demi sedikit semuanya dapat di atasi. Bermula dari menulis laporan berita, membuat liputan hinggalah  kepada mengacara, semua itu dikendong dengan rasa berat sedikit masa dahulu. Berita yang ditulis tunggang langgang, bila keluar buat liputan tak tahu point penting untuk dicatat dan paling tak dapat dilupakan, bulan pertama berdepan dengan kamera bertindak sebagai pengacara. Kerap kali tersasul kerana terlalu gementar. Kritikan yang diterima dari pelbagai pihak tidak dinafikan menyebakkan dirinya tertekan dan sentiasa memikirkan hal tersebut. Pernah juga merasa berputus asa, tetapi berkat sentiasa berfikiran positif, Kayra menganggap semua itu sebagai sumber kekuatan bagi dirinya maju ke hadapan.  Bermula daripada bawah, kini kayra mula menapak kukuh. Bukan sedikit cabaran yang datang ketika memilih kerjaya ini. Meninggalkan kerjaya tetap bergaji lumayan seorang guru ijazah, bukan perkara yang mudah. Apatah lagi berhadapan dengan mama yang memang menginginkan Kyra menjadi seorang guru. Kayra yang bergraduasi dalam jurusan sains biologi ‘dikerah’ mamanya untuk mengikuti Kursus perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kata mama orang perempuan senang sikit jadi cikgu bila dah kahwin nanti. Pandangan skeptikal mama dipandang sepi jauh di sudut hati Kayra, anak yang patuh yang terluka memenuhi permintaan mamanya. Bukan memandang enteng karier seorang guru. Berkesempatan menjadi guru, membuka mata kayra siapa sebenarnya seorang guru, lebih menghormati insan yang bergelar guru, mencurah-curah rasa hormat dan banggga memilki seorang mama, sesorang  yang mengabadikan hampir 30 tahun hayatnya mendidik anak bangsa. ”keikhlasan yang lahir dari jiwa,itu yang tak ada padaku.” . desus Kayra. Kerja seorang guru ini  10  in 1. Bila murid berak kecing dalam kelas, guru jadi tukang cuci, bila murid sakit atau luka guru jadi jururawat, bila murid bergaduh, guru jadi polis, jadi hakim bila emak bapak datang mengadu tidak puas hati, guru jadi peguam bela, peguam cara. Belum lagi kerja-kerja sampingan yang perlu mengadap komputer berjam-jam buat analisis pencapaian, itu dan ini yang tak pernah selesai. Siapa yang kata tugas guru ini mudah, tak ada kerja yang mudah dalam dunia ni. Mujur perbualan Kayra dan Ashram seketika dulu meningkatkan keberanian kayra berbicara dengan mama.
”aku mulanya kurang berminat berhadapan dengan manusia, Ashram. Aku kurang sabar tapi mama yang mahu aku menjejakinya.”
”jadi kau terpaksa. jangan kawan, kau akan terluka nanti. Kita berhak memenuhi impian kita dahulu sebelum kau berkorban demi orang lain.”
”Apakah ini satu nasihat atau ingatan daripadamu, kawan?”
”kedua-duanya. Betulkan niat dan pengorbananmu.jangan melulu, nanti kau merana seumur hidup.”
Kayra memberanikan diri walau sedikit kerisauan.
“Arghhh…pasti sahaja mama mengungkit sejarah lalu, aku yang tidak mendengar kata berkeras mempertahankan Iskandar sebagai pilihan hatiku dan akirnya pertunangan kami putus di tengah jalan.”
Terkeluar juga dari mulut kayra akan hasratnya beralih kerjaya. Mama sekadar mendiamkan diri. Kayra tahu sepahit mana Kayra terluka sepahit itu jua ibunya terluka. Mama sedar kesungguhan Kayra pada Iskandar, bermula dari sikapnya sendiri hingga melonjak jiwa Kayra membantah kata-katanya, ibu yang mana tidak terluka melihat anaknya menderita.

Anaknya sudah dewasa sekarang. Berhari-hari jua mama tidak bertegur sapa dengan Kyra, Alhamdulillah setelah melihat kesungguhan Kyra dalam bidang penyiaran, berjaya memulihkan  ketegagan  antara ibu dan anak ini. Malah, setiap episod rancangan yang dikemudi Kayra tidak terlepas dari tontonan mama. Kayra akhirnya mengorak langkah baru berbekalkan pendapatan yang diperoleh, membuka perniagaan francais restoran miliknya sendiri.
***

Kayra kini punya segalanya. Sebuah kerjaya yang memberi seribu kepuasan . Dilimpahi kemewahan hasil usaha sendiri. Bergelar seorang personaliti TV yg terkenal dan seorang usahwan wanita yang berjaya. Cuma kebahagiaan yang masih jauh dari Kayra. Pastinya orang seperti Kyra menjadi buruan lelaki. VVIP, personaliti ternama hinggalah lelaki biasa, pintu hati Kayra masih tertutup menerima lelaki. Mungkin hatinya masih menanti Ashram atau mungkin jua masih berbekas di hati kisahnya dengan Iskandar suatu ketika dulu. Pertunangannya dengan iskandar terputus gara-gara Iskandar ditangkap basah dengan mira, temannya sendiri. Pengkhianatan yang sukar dimaafi.

Hancur luhur hati Kayra melihat hadirnya Mira dalam hidup Iskandar selepas mama memutuskan pertunangan mereka Iskandar menjadi lebih ‘buaya’ dan Mira sekadar cermin sisi yang ‘diguna’ bila perlu sahaja. Kesakitan di hati kayra yang tidak pernah padam.  Apatah lagi sepi membuai rasa, tinggal berseorangan di pent housemewah miliknya .  Wang tidak dapat membeli kebahagiaan. Setelah ketiadaan mama di sisi, Kayra sebatang kara, mama meninggal  setahun yang lalu. Ashram yang jauh di perantauan. Kawan-kawan yang sudah membina keluarga sendiri. Hanya tinggal teman-teman yang berkepentingan semata-mata.    
 ” Arghhh…semuanya harus menerima pembalasan!”  Wang bukan satu masalah.
”Hello,Hisyam……….”

Hari ini kayra membuat liputan di sebuah rumah anak yatim,  Rumah Titian Kasih di Gombak. Ibu khadijah memperkenalkan dan mempertemukan Kayra dengan penghuni rumah indah ini. Berada di situ, membuka mata Kayra apalah besarnya kesepian Kayra jika dibandingkan dengan kesepian anak-anak yang sedang membesar ini tanpa ibu dan ayah di di sisi. Bergaul mesra dengan mereka berkongsi rasa kehilangan ibu dan ayah. Tersentuh sekali kayra mendengar cerita mereka. Paling tesentuh, kisah 5 orang adik beradik yang kehilangan ibu dan ayah dalam kemalangan jalan raya gara-gara brek yang gagal berfungsi.meragut nyawa ibu bapa mereka di tempat kejadian. "Ya, Tuhan! apa yang telah aku lakukan!"  pagi tadi  Kayra baru sahaja memasukkan sejumlah wang di akaun milik Hisyam. Malam ini Iskandar akan menghadiri sebuah makan malam di sebuah hotel terkemuka dan  di situlah Hisyam akan menjalankan tugasnya, merosakkan brek  kenderaan yang dipandu Iskandar.

Kayra segera bergegas setelah selesai liputan di situ. Sepanjang perjalanan Kayra cuba menghubungi Hisyam. Namun panggilannya tidak diangkat. Puas kyra menelefon berulang kali, masih beroleh jawapan yang sama. Kayra cemas seketika. Leka menggunakan telefon bimbit, kenderaan Kayra hampir terbabas tapi berjaya di kawal Kayra. Kayra memberhentikan kenderaan di bahu jalan, menenangkan diri. Air mata mencurah-mencurah di pipinya.          Ya Allah,tergamakkah dirinya menyakiti Iskandar yang pernah disayanginya. Ampuniku,      ya Allah. Telefon bimbit Kayra yang berdering segera diangkat Kayra.
”kau pasti?”Tanya hisyam kepada kayra.
”Ya,aku pasti dan kau boleh ambil semua wang itu”.
Pangilan dari hisyam sebentar tadi melegakan Kayra . Syukur, message dari Kayra agar Hisyam menghentikan segala rancangan  diterima dan dibaca Hisyam. Di saat genting itu, warkah diterima dari Ashram suatu ketika dulu mengisi benak fikirannya.
Lukamu itu tiada ubatnya sehingga kau dan Iskandar sendiri mengakhirinya……
seakan memahami Kayra yang masih sukar melepaskan semuanya. Cara yang dipilih Kayra ini jua bukan cara mengakhiri semua.

Kayra menjadi sukarelawan di Rumah Titian Kasih sejak detik itu. Rumah itu hidayah yang besar buat Kayra. Tenang sekali, menghabiskan masa lapang di situ, sedikit sebanyak mengisi kekosongan dan kesepian Kayra. Separuh dari pendapatan Kayra disalurkan untuk tujuan kebajikan. Sedang asyik berbual dengan Ibu Khadijah sambil memerhati anak-anak di situ, tangisan bayi menghentikan perbualan mereka. Menghampiri sebuah kotak kecil di hadapan pagar rumah Titian kasih, alangkah terkejutnya mereka melihat seorang bayi yang sedang menangis kelaparan di dalam kotak kecil tersebut. Ya Allah, bayi secomel ini dibiar begitu sahaja. Nasibnya akan barangkali sama dengan bayi-bayi terbuang lain jika mereka tidak menjumpainya hari itu. Syukur, bayi  ini bukan  anak luar nikah. Sebaliknya, dari rahim seorang ibu yang mengalami kesempitan hidup, tidak sanggup membesarkan anaknya berdasarkan surat beranak dan sekeping surat yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.      Aira Nasuha nama bayi comel ini….Pulang ke rumah, entah mengapa Nasuha yang comel itu  terbayang-terbayang  di mata Kayra. kasihan sekali Nasuha. Tergerak di hati Kyra ingin mengambil Nasuha sebagai anak angkatnya. Lantas disuarakan hasratnya itu kepada ibu Khadijah. Setelah melalui beberapa prosedur pengambilan anak angkat di Jabatan kebajikan Masyarakat, Aira Nasuha di sisinya akhirnya, puteri cilik Kyra Kyril. Melayan kerenah dan telatah Nasuha begitu membahagiakan. Ashram juga senang sekali dengan kehadiran  Nasuha, setelah dikirim foto Nasuha melalui email mingguan Kayra kepada Ashram. Semua yang terbaik buat Nasuha. Setiap ibu inginkan yang terbaik untuk  anaknya dan seperti itu jua mama jua inginkan yang terbaik untuk Kayra. Kayra diulit kerinduan pada mama, sebak seketika.
 Meninggalkan Nasuha dengan pembantu rumah, jelas Kayra tidak betah lama-lama di pejabat, pulang awal ingin menatap wajah si cilik kesayangannya itu. Kehadiran Aira Nasuha, sungguh anugerah tuhan yang tidak terhingga buat kayra.

“nasuha dah bangun nanti,kak Jah pakaikan gown pink atas meja itu ye.kyra nak jemput Ashram kat KLIA sekejap.”
“owh, Ashram yang selalu kayra cerita tu ye.bakal papa Nasuha?…..”kak Jah menebak.
“Eh,  kak Jah ni ke situ pulak dia.sempat lagi mengusik saya.” merah pipi Kayra seraya mencium pipi Nasuha yang lena dibuai mimpi.
Bait warkah Ashram suatu ketika dulu merantai jiwanya hingga kini. Tiga tahun, tempoh yang dipinta Ashram suatu ketika dulu. 3 tahun yang disangka cukup sekejap buat Ashram akan tetapi 3 tahun yang cukup lama bagi Kayra. Cukup mematangkan, mendewasakan Kayra, lebih bersedia bertemu Ashram. Pulang jua Ashram yang dinanti ke tanah air.

 Menurut email yang diterima, tarikh inilah Ashram akan tiba bersama  Maisara Marian Elviera. Dalam email Ashram terdahulu, acap kali jua Ashram bercerita mengenai Marian. Gadis sepanyol  ini rakan Ashram ketika bertugas di Amerika. Hidupnya terumbang -ambing tanpa pedoman. Megenali Ashram membawa Marian tertarik dengan keindahan Islam. Marian memeluk islam 2 bulan yang lalu.
“Masyaallah,hebatnya temanku ini. Membawa seorang yang membenci islam akhirnya menerima islam, agama anutannya kini. Aku jua ingin menjadi sehebatnya, biarlah andai ini pengorbananku”desus hati Kayra.
Suatu saat dulu, kayra pernah menyatakan pada Ashram. Maisara itu saudara baru yang sangat memerlukan bimbingan Ashram. Andai Maisarah jodoh Ashram, kayra pasrah. Cukuplah sudah punya Nasuha di sisinya, Kayra tidak bersendirian. Menjadi yang kedua selepas Maisarah, tidak tegar rasanya. Memang benar, keharusan poligami  dinyatakan Allah  dengan jelas dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang asasnya  terletak kepada keadilan si suami. Mungkin suami adil dan mampu  dari sudut material tetapi bisa kah diukur  kasih sayang yang adil  antara isteri-isteri.

Dari jauh Kayra melihat kelibat Ashram dan Maisara yang cantik berhijab kini. Suatu perasaan yang tidak tergambar rasanya melihat Ashram di depan matanya. Kayra memandang Ashram sambil  memeluk Maisara tanda perkenalan.
“Is this flower for me?”sinis Ashram melihat jambangan bunga di tangan Kayra.
No,Mr.Ashram but it is for your wife”sambil kayra menyerahkan bunga itu kepada maisara.
Maisara tergelak, kecil”I am not his wife,we never married and I am only his friend .what a such faithful man he is,”mereka bertiga tersenyum mengakhiri episod kelucuan ini.
“Aku  ajak maisara bercuti ke Malaysia agar lebih mudah dia mendalami Islam di sini. Aku memerlukan sesorang yang akan halal bagiku untuk membantuku atas amanah ini. Membimbing maisara tidak bererti aku harus menikahinya, kayra.”

Tersenyum Kayra. Senyuman yang membawa seribu erti.Ashram nya telah kembali. Ashram, teman yang sentiasa di sisi.

No comments:

Post a Comment