sudah lama tidak menyinggah blog mencoret tercuit di hati. sibuk 2 hari ni.
teman/hantar mak tersayang ke tabung haji KL untuk rayuan menunaikan Haji.
hmmm, susah juga nak menunaikan haji sekarang, gilirannya sangat panjang.
mungkin rakyat Malaysia makin ramai yang kaya, makin ramai yang mampu ke tanah suci. Alhamdulillah.
...membuat aku terfikir untuk mengumpul duit dari sekarang untuk bebarapa impian indah hidup aku.
serta berjimat cermat dalam perbelanjaanku supaya ada good saving.
1.
Antara impian terindah seorang Muslim pastinya menunaikan haji. untuk pendaftaran haji, memerlukan modal sebanyak kira-kira RM1000 lebih.
masa muda harus digunakan untuk berfikir & bertindak untuk msa tua anda.
Insha Allah, dalam waktu terdekat aku akan memulakan langkah pertama daftar haji menggunakan wang simpananku.
2.
.

Impian indah kedua aku memiliki rumah idaman sendiri ketika masih bujang. kalau lebih tepat penthouse. haha
memang nampak macam day dream je kan. hehe. pempuan lain sibuk fikir nak kumpul duit buat wedding grand. aku pulak fikir nak kumpul duit beli penthouse.
mungkin sebab aku anak sulung. sebab tu aku fikir untuk kumpul duit nak beli rumah dulu macam seorang lelaki berfikir. setiap kali ada urusan di KL, kami sekeluarga tak de tempat untuk singgah selain rumah sedara mara. aku rasa terbertanggungjawab pulak nak beli sebijik rumah.
penthouse, rumah idaman sejak sekian lama. kalau boleh penthouse aku tu nak yang ada taman & laman, kolam renang & kolam ikan di laman rumah penthouse itu. hihi.
memang tinggi impian ini. simpanan aku juga tidak tertakluk pada impian2 ini saja, tapi jua cabaran melunaskan pinjaman PTPTN setelah tamat belajar. dalam keadaan pendapatan aku hanya Herbalife semata.
aku kena bersabar menanti impian-impian indah ini di penuhi. mungkin paling cepat detiknya setelah aku tamat pengajian di universiti. juga jangan berhenti berusaha, rezeki Allah di mana-mana.
Moga Allah membuka pintu rezeki & mempermudahkan urusan kita semua.