Friday, April 4, 2014

Journey to A dream...

Journey to A dream...
I am serious.
fuh,... itulah 3 patah perkataan terbaik pembakar semangat untuk perjalananku ke situ.hoho.

baruku tahu mengapa ada sekarang non-Muslim yang ingin memohon jadi peguam syarie. rupanya peguam sivil ada had batasan yang ditetapkan oleh Majlis Peguam dalam bayaran  upah guaman. Hal ini berbeza dengan Peguam syarie yang tiada had batasan bayaran yang boleh dikenakan peguam syarie kepada anak guam yang diwakili. hmmm...patutlah. 
 info kepada yang masih tak tahu,  pelajar lepasan degree syariah atau  berkaitan Fiqh juga boleh cuba untuk  jadi peguam syarie  sebagai prospek peluang pekerjaan. macam saya yang minat nak jadi peguam syarie ni.hehe. 
Tetapi haruslah diketahui untuk menjadi peguam syarie, prosesnya lebih rumit berbanding dari jadi peguam sivil.  tempohnya panjang, lebih-lebih kepada pelajar lepadan ijazah syariah. 
Bersabarlah duhai hati.
selepas bergraduasi dengan degree Syariah @ Fiqh, graduan boleh mengikuti Diploma amalan kehakiman selama setahun.Program ini dipanggil  DILJAB @ DSLP. universiti menawarkan seperti UITM, UKM, USIM & UIA.  belajar sabtu ahad je. 
Selepas itu baru lah boleh mengemukakan permohonan menjadi peguam syarie untuk setiap negeri yang diingini. permohonan tu pon mengambil tempoh masa yang lama untuk diproses. kemudian, perlu  hadiri ujian bertulis dan sesi temuduga. kemudian, chambering 9 bulan. aku tidak pasti perlu ke tidak untuk chambering sebagai peguam syarie atau cukup sekadar latihan industri/praktikal ketika tahun akhir. kemudian, selepas melalui semua proses di atas, barulah boleh menjadi peguam syarie untuk sebuah negeri. Untuk permohonan negeri lain, sila ulang proses yang hampir sama again and again.  

fuh, begitu panjang perjalanannya.  Perancangan aku pulak nak kerja dulu selepas ada degree. sebab nak bayar hutang PTPTN Diploma dan Degree cepat2. So, aku mohon je lah apa-apa kerja yang layak dimohon. zaman sekarang ni tak boleh memilih perkerjaan sangat dan kena cuba je setiap peluang yang ada. pegawai Undang-undang, pegawai agama di pejabat agama, JAKIM sbagainya @ pejabat mufti, pendaftar mahkamah, pegawai Sulh, pendakwa syarie, penasihat Syariah agensi kerajaan, bank @ syarikat swasta. Exam untuk pegawai Tadbir diplomatik pon aku nak cuba je ikuti. Kemudian, ikuti program DILJAB @ DSLP tu sabtu ahad. dapat satu negeri kelayakan sebagai peguam syarie pon dah cukup. tapi cita-cita asal aku nak beramal sebagai peguam syarie di perak, kuala Lumpur & Selangor.  boleh tolong sedara-mara, kawan-kawan yang tinggal di perak.  Lepas tu aku nak jadi peguam syarie di firma guaman. selepas beberapa tahun jadi peguam. aku nak sambung master dan jadi pensyarah. ini cita-cita terakhirku, seorang pensyarah. sebab aku suka tengok seorang pensyarah mengajar di hadapan terutama pensyarah wanita. seorang pensyarah juga boleh menjadi seorang pendakwah. menyampaikan ilmu kepada pelajar dan dalam masa sama menyebarkan dakwah Islami untuk bangsa, agama dan negara.  

kisah sebuah cita-cita

minat menjadi  peguam syarie dari sekolah lagi, bukan sbb duit & material sbgainya. mula minat sejak aku tengok  satu drama Filipina di TV. Heronya brlakon sebagai peguam, wah berkarisma kerjaya peguam ni, eh minatlah jadi peguam. HAHA.
Sebenarnya sebab utama aku nak menjadi seorang penguam ialah membantu pihak yang teraniya. aku seseorang yang tidak suka akan kezaliman, ketidakadilan dan penindasan terjadi. kerjaya seorang peguam menegakkan keadilan dan membela hak yang ditindas  menggunakan kebijaksanaan akal fikiran bukan menggunakan kekerasan, mata pedang tumpahan darah sebagainya. 
  
perjalanan berliku2 demi sebuah minat .Lepas SPM, aku mohon untuk ke Asasi Law. tapi sedihnya tak dapat,  aku sanggup cari IPTS yang menawarkan bidang undang-undang syariah ni. So, aku pilih untuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. sampai sana pulak, KUIS  offer pada aku Course ICT pulak, kenalah aku memanjat pejabat ketua2 jabatan mintak tukar course. akhirnya, aku dapat ikuti kos diploma Syariah Law dengan selamatnya. Lepas abis diploma, aku dalam dilema lagi. nak terus degree syariah Law KUIS ke sambung degree  di IPTA  or sambung degree di Jordan.
aku bulatkan hati nak tukar angin, so pilihan aku sambung degree di IPTA. lebih menjimatkan.
sekali lagi aku tak dapat ikuti Course Law. aku pun tanya seorang kawan diploma aku yang bernama  Suhaila yang telah dapat ke USIM. hehe. dia cakap kos fiqh fatwa pun boleh jadi lawyer syariah gak. melompatlah aku dengar. malam tu gak aku bulatkan hati tulis kos degree fiqh fatwa dalam mengisi pilihan ke IPTA.  bukan apa, otak aku ni hanya boleh laju menghadam subjek berkaitan syariah, undang-undang ni. 
Dalam tempoh menunggu ke IPTA, aku mengikuti keluargaku menunaikan umrah  Mekkah-Madinah. antara yang didoakan dua perkara ni.antara perkara didoakan dapat masuk IPTA. 

bila dapat keputusan penerimaan masuk ke USIM,  kebetulan rumah aku sendang buat kenduri doa selamat, hati aku berbunga bahagialah dapat  sambung degree di USIM. sungguh bahagia. bersalaman saudara mara jiran tetangga sambil sampaikan berita gembira ni. bahagia dapat melihat ibu bapaku tersenyum bangga. 
 aku cuak juga takut subjek fiqh fatwa ni  belajar full  Arabic. lepas tu bila start belajar, aku lega juga ada juga subjek LAW dan lain-lain dalam bahasa Inggeris. 

Alhamdulillah. setelah dapat peluang yang kita inginkan, berusaha semampu boleh. Dalam menuntut ilmu, begitu banyak ujian dan dugaan yang perlukan kita untuk sabar. begitu juga banyak pengorbanan perlu kita lakukan untuk mencapai impian kita.
 nasihat untuk adik-adik yang masih bersekolah, kenal pasti subjek apa yang anda sangat minat dan cuba cari kaitan subjek tersebut dengan dunia pekerjaan. tetapkan matlamat anda dan burulah impian itu dengan usaha, doa dan tawakal.
Insha Allah, DIA akan memudahkan jalan  buat kita. 

Tuesday, February 25, 2014

Bagaimana Herbalife boleh membantu pengurusan berat badan?

Salam...Hari ni nak bercerita bagaimana Herbalife boleh membantu dalam pengurusan berat badan. 
pengurusan berat badan yang dimaksudkan di sini termasuklah sama ada nak maintain weight, loss weight or gain weight. 
kat sini nak fokus  macam mana herbalife boleh bantu dari segi maintain weight & loss weight.
 tips umum kurangkan berat badan sebenarnya semua dalam konsep produk Herbalife ini.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan.Shake Herbalife  adalah bentuk hidangan kecil.  Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. .
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana  nafsu makan akan bergelora dan  metabolisma badan akan menurun. Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, .
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan? seeloknya kira kalori pengambilan makanan anda. limitkan sehari untuk wanita makan misalnya 1000 kalori sehari. Kira kalori makanan anda setiap hari.                                                                                                                         Kategori:Kuih Muih
    1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
    2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
    3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
    4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
    5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
    6. Popia basah (satu) = 95 kalori
    7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
    8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
    9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
    10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
    11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

    Kategori: Lauk Pauk
    1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
    2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
    3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
    4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
    5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
    6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
    7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
    8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
    9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
    10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
    11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
    12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
    13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

    Kategori: Makanan Rutin
    1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
    2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
    3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
    4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
    5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
    6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
    7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
    8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
    9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
    10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
    11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
    12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
    13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
    14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

    Kategori: Makanan Segera
    1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
    2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
    3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
    4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
    5. Burger keju (satu) = 425 kalori
    6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
    7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
    8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

    Kategori: Buah-buahan
    1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
    2. Betik (sepotong) = 45 kalori
    3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
    4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
    5. Limau (sebiji) = 42 kalori
    6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
    7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
    8. Epal (sebiji) = 63 kalori
    9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
    10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



    kategori minuman

    minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
    minuman kotak 250g - 105 kal
    susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
    susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
    aiskrim 2 skop- 390 kal
    susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
    yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
    mentega 2 sudu teh - 75 kal
    keju chedar 1 keping -58 kal
  4. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. HERBALIFE ada tea mix yang berfungsi sebagai pembakar lemak.
  5. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah. Herbalife juga ada formula 3 protein, cuma bezanya barang import agak berkualiti dan agak mahal.
  6. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 
  7. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  8. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

Thursday, February 20, 2014

Menghadapi kezaliman, penganiyaaan & penindasan

Allah tidak akan membiarkan orang yang teraniaya terus menerus dalam penderitaannya akibat perbuatan buruk orang yang zalim. Salah satunya ialah bahwa Allah akan mengabulkan doanya. Selain itu, Allah akan kembalikan hak-haknya yang telah di rampas.. kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut.

Allah berfirman:
Artinya:
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak.” (QS. Ibrahim: 42)


1. Mohon pada Allah untuk mehggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca "Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.


 2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita "Ya Allah, Mereka ini (sebutkan nama mereka) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini." Juga mujarab.



3.  Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pasa mereka. Mereka akan kekal memikul doosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya

Saturday, February 15, 2014

Mendidik jiwa sabar


masa silam yang menyakitkan   tidak sesekali mampu  menoleh kembali.

 retak hati menanti belah. belahan air mata.  membasahi kelopak pipi. dari mata yang menjadi saksi.

segala kezaliman yang tiada keadilan. pasti menyakitkan dasar sanubari.

walau seikhlas hati cuba memaafi. tidak terdaya seikhlas hati.

seandainya Rasulullah masih berada bersama, pasti terpujuk dasar hati

 Law kana Bainana, mengimbau memorimu Ya Rasulullaah,

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba..

hanya Allah mengerti. sabarlah duhai hati ujian Allah ini.

benar terduduk Ya Allah dengan ujian ini. seakan tidak mampu bangun lagi.
di mana sabar,ke mana sabar hendak aku cari sabar itu.

Jangan mengeluh. sabar itu indah dan terletak di hujung hatimu.
biarkan luncai dengan labu-labunya. biarkan madah kelatnya yang bercabang.

mengapa harus sakit hati mu,
mengapa harus ikut masuk campur dengan pulangan dosanya.

apa pun yang terjadi.   berjalanlah tanpa henti.
 yakinlah hati yang teraniya. Allah itu Adil.


Jangan menoleh masa silam yang menyakitkan tetapi pandanglah masa depan yang ingin di nukilkan.








Tuesday, February 11, 2014

Lirik Ya Taiba

Versi Arab


ya tayba ya tayba ya dawa al-ayyana                    

eshta`nalik wil hawa nadana                                             

lamma sar ilmarkab nasani
saro we`dam`i ma jafani
akhado albi ma` jinani                                                                     
ya tayba ya teem alwalhana

qiblati baytu`llahi sabir
allani laki yawman za`ir
ya tura hal tarani nathir lil K`abah
w`toghmurni `bamana

nabina aghla umniyati
azorak lo marra `b hayati
wib jiwarak salli salati

wathkur rabbi watlu `l Qurana
bushrakil`Madina bushraki
biqudom ilHadi ya bushraki
fa hal li ma`wa fi himaki
atamalla fa`nnooru sabana

noorukom sabana

***                 


Terjemahan Lirik

Wahai Taiba, wahai Taiba
Penawar kepada yang sabar
Kami merinduimu
Dan kecintaan telah membawakanku kepadamu
 *
Aku tertinggal ketika kapal berlayar
Mereka berlayar pergi dan tangisanku tidak mengering
Mereka telah membawa pergi jiwa dan ragaku bersama
Wahai Taiba, kau cinta orang yang terganggu

*
Arah sembahyangku (Kiblat ku), Rumah Allah, aku bersabar
Mungkin suatu hari akan datang melawatimu
Aku tertanya-tanya, adakah aku akan melihat Kaabah
dan merasa kagum dengan keselamatannya..

*
Nabi kami, impian tertinggiku, ialah melawatimu,
Sekurang-kurangnya sekali seumur hidupku
dan dekat dengan kamu, untuk menjalankan ibadahku
untuk memuji Tuhanku, dan membaca Qur'an

Wahai Madinah, betapa beruntungnya kamu
dengan kedatangan bintang petunjuk itu
Izinkan aku berlindung disisimu
Benarlah, cahayamu telah mengagumkan aku.


Lirik law kana bainana




Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u
Nad’uka rabbi minal a’maqi
Law kana bainanal habib
Ladanal-qasi wal-qarib
Min thoibatin qablal-maghrib
Tholiban qurbal habib
Biqurbini-nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib
Hudakal-kaunu rahib
Rahmatal-hadil-qarib
Hadithuka-nahurul a’zib
Jiwarukal-ghusnur-ratih
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik
Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik














Impian cintaku

cerpen ni special sikit sebab pernah disiar di iluvislam. karya pertama saya di siar untuk tontonan umum.hehe
Ketika sedang bersembang dengan seorang sahabatku, dia berjalan di tepi kami. 
"Andai aku diberikan suami, aku nak yang macam dia lah...." Bisik hati insan kudus ini. Dia terkenal sebagai pemuda yang "baik-baik". Dia yang aku maksudkan, seorang jejaka soleh bernama Fakri Hakimi.
Hari ini merupakan hari bahagiaku. Aku lengkap berpakaian putih berona pink, duduk bersimpuh di atas pelamin mini akad nikahku dalam majlis serbapink di rumah orang tuaku. Kelibat Fakri Hakimi yang segak berbaju melayu nyata melegakan keresahan hatiku.
Di kota ilmu, aku memasang misi ku menghadiahkan segulung ijazah buat ibu bapaku. Aku, Alin Adila merupakan seorang gadis simple yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Bagiku, tidak perlulah berpakaian sarat semata-mata untuk ke kelas cukuplah sekadar memakai jeans dan T-shirt lengan panjang, dan tudung bawal yang menjadi pilihan hati.
Di kolej kediaman, aku tinggal bersama dua orang lagi roomateku, Mira dan Maisara. Mira bertudung hanya kerana tepaksa menatuhi syarat wajib di kampus. Maisara pula sentiasa bertudung labuh. Ditakdirkan Allah, aku dipertemukan dengan dua insan yang sangat berbeza, berbeza perwatakan dan juga gaya hidup. Aku masih ingat, hampir beberapa hari aku tidak bertegur sapa dengan Mira gara-gara mira yang agak kasar memarahiku semula apabila aku menasihatinya agar memakai tudung di luar kampus. Maisara pula berbeza perwatakannya, dia pernah menegur cara aku berpakaian menampakkan bentuk badan waima bagiku, aku telah menutup aurat sepenuhnya. Magis sekali, kami dipertemukan dalam titik perbezaan ini!
"Kau ni tak sportinglah. Jomlah,ikut aku pergi picnic dekat Port Dickson dengan kawan-kawan Zaki, Takkan lah aku nak ajak Sara yang bertudung labuh tu pulak," Mira mengajakku dengan penuh kesungguhan.
Kalau diikutkan hati, aku memang tidak mahu menurut ajakan Mira tetapi kata-kata mira seterusnya membuatkan aku terasa dan kalah dengan prinsip hatiku sendiri.
"Ke kau jelous tengok aku dengan Zaki dating? Yelah kau kan tak ada pakwe," Sinis Mira. Lantas aku membuat keputusan untuk pergi juga, "yelah, aku pergi."
Sara yang sememangnya kerap tiada di kolej kediaman kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti persatuan, membuatkan aku menjadi lebih rapat dengan Mira. Aku, bukanlah alim orangnya, namun sejak zaman sekolah lagi aku tidak biasa bersosial dengan kawan-kawan lelaki. Akan tetapi kulihat Mira sangat mudah membenarkan Zaki menyentuh tangannya, mendakap mesra tubuhnya dan memeluknya. Zaki, bukanlah seorang yang jahil akan hukum hakam agama malah, dia merupakan seorang pelajar Pengajian Islam yang sepatutnya lebih faham dan arif tentang perkara yang haram dan halal. Seorang lelaki yang baik bagiku akan memuliakan seorang wanita bukan hanya merosakkan wanita tersebut dengan menurut hawa nafsu semata-mata.
"Ustazah je lah carikanlah untuk saya," gurauku ketika diusik Ustazah Harlina Hashim mengenai soal jodoh. Aku bersyukur dikurniakan seorang ustazah sebagai mentorku, malah aku sangat rapat dengannya. Perbincanganku dengan ustazah mengenai soal jodoh tersebut membuatkanku terfikir bagaimana akan aku tenemui jodohku nanti. Adakah aku akan menjadi seperti Mira dan Zaki, bertahun-tahun bercinta bagai nak rak , berdating dan bermadu kasih atau....
Aku menamatkan pertanyaanku sendiri tanpa sebarang jawapan yang pasti. Setelah selesai perjumpaan dengan mentorku, aku mendapat maklumat bahawa pelajar tahun kedua diwajibkan menghadiri program khas di masjid. Jujur aku katakan, aku cuma pergi ke program tersebut kerana terpaksa kerana diwajibkan untuk pergi, jika tidak jangan haraplah aku akan pergi menghadiri program seperti itu. Program yang dimaksudkan adalah sebuah program diskusi ilmiah yang memperlihatkan Fakri Hakimi sebagai salah seorang barisan panelnya. Aku mengenalinya ketika terlihat poster-poster yang terpampang di segenap ruang kampus ketika pilihan raya kampus semester lepas. Setelah beberapa minit diskusi berlangsung, aku mula mengagumi Fakri dalam diam. Kagum kerana dia merupakan seorang bakal jurutera akan tetapi begitu petah berbicara soal agama.
Rasa kagumku kepadanya tidak terhenti di situ. Aku menjadi lemah dan tertawan dengan gaya penampilannya yang kemas dan segak, tutur katanya yang berhikmah dan ketinggian ilmunya. Pada satu hari Sara mengajakku menghadiri program ilmiah yang akan diadakan di luar kampus, "Alin nak join program yang bakal diadakan di luar kampus hujung minggu ni?, Fakri Hakimi, one of the panel kat masjid semalam minta tolong aku carikan peserta untuk memeriahkan lagi program ini.
"Erm, bolehlah," balasku setelah berfikir seketika. Sebenarnya sudah beberapa kali Maisara mengajakku menghadiri program-program keagamaan seperti ini tetapi aku bukan sahaja malas untuk melibatkan diri, aku juga segan untuk turut serta dengan program-program seperti ini kerana aku bukanlah sealim Sara yang mengenakan tudung labuh. Aku takut persepsi mereka terhadapku adalah negatif.
Tetapi kali ini, aku mengagahkan diri untuk turut serta demi Fakri Hakimi. Semakin aku mengenali Fakri Hakimi, semakin aku sedari dia lah lelaki yang aku dambakan selama ini. Sejak itu aku semakin giat menyertai program-program ilmiah dan keagamaan yang diadakan di luar kampus mahupun di dalam kampus. Malah, aku mula berjinak-jinak memakai tudung bidang 50 dan seterusnya bidang 60. Aku berpegang dengan kata-kata hikmah ini , 'Kalau ingin mencari yang soleh, maka jadilah yang solehah dulu!'
"Kalau anti suka pada seseorang tu, lebih baik beterus terang," bicara Fakri padaku menjawab kepada persoalanku mengenai jodoh yang aku utarakan kepadanya.
"Tapi ana seganlah, macam perigi cari timba je," balasku ringkas dengan nada perlahan. Dadaku berombak kencang dengan tiba-tiba.
"Sama ada perigi mahupun timba kenalah sama-sama mencari, mintalah pertolongan daripada Allah. Selain itu kalau anti segan, ana rasa lebih baik sekiranya anti gunakan orang tengah seperti yang dilakukan oleh Saiditina Khadijah," cadang Fakri dengan penuh berhikmah. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa dia lah orang yang aku maksudkan.
Setelah berhari-hari memikirkan kata-kata Fakri tempoh hari, aku mengambil keputusan untuk menuruti cadangan kedua yang Fakri utarakan. Aku berpendapat Sara adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi orang tengah antaraku dan Fakri kerana Sara sudah lama mengenali Fakri. Aku yakin, Sara juga tahu sedikit sebanyak latar belakang Fakri.
 Dengan hati yang berdebar-debar aku berjalan ke arah Sara yang ketika itu sedang melayari internet menggunakanlaptop berjenama Dell miliknya. Belum sempat aku memulakan bicara, Maisara terlebih dahulu memulakan perbualan sebaik sahaja dia menyedari kehadiranku disisinya. "Cantikkan tunang Fakri ni, manis dan baik sungguh orangnya. Aku jumpa dia masa aku joinprogram di UIA minggu lepas, tak sangka sudah hampir setahun mereka bertunang. Pandai sungguh Fakri berahsia," ujar Maisara sambil matanya masih tertumpu menghadap laptop.
Aku tergamam, terasa seperti ingin menitiskan air mata di situ juga, jasadku masih disitu namun ku rasa roh ku seakan-akan telah melayang terbang dan hilang. Ya Allah, ini merupakan tamparan yang maha hebat bagiku!
Tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk Mira dan Sara, aku cuba menyembunyikan kesedihan yang sebenarnya tidak mampu untuk ku bendung. Aku berubah kerana Fakri, aku juga tampil dengan penampilan yang lebih islamik kerana Fakri tetapi semuanya hanya sia-sia! Apa kurangnya aku, Ya Allah? Ternyata kini, rupanya rinduku dan rasa kasihku selama ini adalah kepada tunangan orang! Astagfirullahalazim...
Keesokan harinya, terasa sungguh berat kaki ini ketika melangkah menuju ke program ilmiah yang diadakan di auditorium Fakulti Kejuruteraan. Aku cuba mengelak memandang wajah Fakri ketika bertembung dengannya disana. Tidak sanggup rasanya melihat Fakri yang sentiasa ceria itu sebenarnya sudah menjadi tunangan orang lain.
"Wah Fakri, cantik tunang anta. Pandai anta pilih. Kalau bukan sebab program di UIA haritu mesti sampai sekarang ana tidak tahu anta sudah bertunang," Sara menegur Fakri setelah program tersebut selesai.
"Sebenarnya kami memang berhasrat untuk tidak menghebohkan pertunangan kami. Insya-Allah pada hari pernikahan nanti saya akan menjemput kamu berdua ke majlis kami. Sebenarnya, kami tidak pernah berjumpa. Selama ini, kami cuma berbicara di telefon perkara yang perlu sahaja. Sejak awal lagi ana telah serahkan urusan jodoh ini semuanya di tangan keluarga," jawab Fakri yang membuatkan aku terpegun serta merta. MasyaAllah, benarlah seperti yang aku katakan di atas tadi, seorang lelaki yang baik akan memuliakan seseorang wanita, dan Fakri adalah tergolong dalam golongan lelaki yang baik itu.
Malam itu, aku merintih dalam doa kepada Rabbiku. Betapa berdosanya diri ini, Ya Allah. Selama ini aku tidak ikhlas dalam perubahanku. Aku bertudung labuh semata-mata demi seorang lelaki. Malah,aku perjuangkan dakwahMu cuma kerana aku ingin dekat dengannya, bukan ikhlas keranaMu. Bercucuran air mata turun dan mengalir dari kelopak mataku. Hari-hari berikutnya, aku meniti kehidupanku dengan tabah dan berharap keampunan Allah S.W.T untukku.
Alhamdulillah. Aku telah terpilih mengikuti program pertukaran pelajar di University Sydney, Australia selama 3 bulan. Bagiku pemilihan ini merupakan satu rahmat besar buatku. Sedikit demi sedikit aku sudah berhenti memikirkan Fakri dan lebih menumpukan mindaku menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Australia. Setelah beberapa minggu di sana, aku membuat panggilan kepada Ustazah Harlina Hasyim.
Kalau dah suka sangat duduk di Australia tu, baguslah. Lagipun ustazah ada anak saudara yang sedang belajar medik disana. Kemungkinan besar dia akan bekerja di sana juga selepas mendapat ijazah akhir tahun ini. Senang macam ni, ustazah jodohkan dia dengan kamulah."gurau Ustazah Harlina sambil tergelak kecil.
Ya, siapa sangka gurauan itulah yang mengukir episod-episod seterusnya dalam hidupku. Gurauan tiga tahun lepas itulah yang membuatkan aku bahagia meniti hari-hari ku yang sebelum ini pernah malap kerlipannya. Hari ini hari bahagiaku, dan aku Alin Adila kini sedang menghampiri sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar yang suci.
Di atas permaidani itulah bakal suamiku, Dr.Haikal Azim, seorang doktor yang bekerja di Sydney Children's Hospital, Randwick Australia. Nampaknya aku akan kembali menetap di bumi Australia. Jika tiga tahun lepas aku menetap hanya selama 3 bulan mungkin selepas ini bertahun-tahun lamanya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang bakal terjadi. Ditakdirkan Allah, aku tidak menikahi lelaki yang bernama Fakri tetapi yang akan aku nikahi sebentar lagi merupakan sahabat baik Fakri sejak kecil. Satu kebetulan yang aku sendiri tidak jangka selama ini.
Hari ini Fakri kelihatan cukup segak berbaju melayu berada di sisi bakal suamiku yang akan aku nikahi sebentar lagi. Kelegaan aku ketika melihat kelibat Fakri tadi adalah kerana sekiranya bayang Fakri kelihatan, sudah tentulah bakal suamiku telah tiba disini bersama rombongannya. Fakri dan Haikal sememangnya terlalu akrab. Suatu ketika dahulu aku pernah berkata bahawa aku ingin mendapat suami macam dia (Fakri).
Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan Dr.Haikal Azim yang sifatnya, akhlaknya sebaik Fakri yang dahulunya sering aku kagumi. Aku teringat kata-kata Fakri suatu ketika dahulu. "Perigi dan timba harus sama-sama mencari." Aku yang meminta 'dicarikan jodohku' oleh ustazah (walaupun bukan secara direct) dan bakal suamiku pula meminta mak longnya mencarikan bakal isteri buat peneman hidupnya di perantauan. Fakri sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya yang merupakan tunangannya suatu ketika dahulu pada tahun lepas. Kini, mereka kelihatan begitu mesra bersama. Aku berdoa semoga kebahagiaan itu menjadi milik mereka selamanya dan kebahagianku adalah pemilik hakiki hatiku kini.















Da'ie Cinta


Da'ie cinta atau andartu cinta,Citra Edora? No way!….aku menamatkan pertanyaanku sendiri. Rutin harianku seperti biasa. Seawal pagi aku sudah bersiap-bersiap ke tempat kerja. Sesudah sore barulah rumahku kusinggahi, destinasi terakhir dalam catatan kesibukanku. Pensyarah ‘favourite’ pelajar-pelajarku serta peguam terkemuka seantaro Malaysia. Akhirnya aku si puteri sepi kala malam menjelma.Sadis sekali ayatnya. Benarkah  hidup ini sepi ertinya? ikuti kisah da'ie cinta ini seterusnya dan seterusnya.

Firdaus hakimi….indah nama itu di hatiku. Satu-satunya teman lelakiku. Opssss,tidak. Jangan salah faham dulu. Bukan kekasih tetapi satu-satunya teman lelaki yang rapat denganku. Nampak tu masih tak mengaku lagi. Dengar dulu kisah nya ye. Mustahil tidak terpaut dengan si dia,  malangnya aku sering dibayangi dia adalah merak kayangan dan  aku si ulat buku terpencil di kampusku. Suka duka  semuanya bukan menjadi satu masalah  untuk berkongsi dengan firdaus. Keserasian jiwa yang magisnya datang dari mana tidak diketahui. Kita hentikan seketika kisah firdaus ini ye.

Derita atau bahagia pertemuan  dengan Rizal Ashraf,  Allah Maha Mengetahui rencananya. Rizal bertaruh dengan teman-temannya untuk memiliki hati wanita polos, jujur dan naif sepertiku, seperti Citra Edora. Muslihatnya diketahui, pinangannya ku tolak selepas beberapa hari rombongannya sampai ke rumahku. Gadis naïf ini juga tahu sebuah ketegasan, Rizal Ashraf! Bahagianya mengetahui seseorang menyukai kita, deritanya membenci orang yang telah kita sukai. Begitulah apa yang aku rasa, cerita hati zaman kampusku.

Melangkah ke alam Chambering, setapak lagi menuju destinasi di cita-citakan. Saat itu hati teruji lagi. Buat pertama kalinya, aku benar-benar bertentang mata dengan firdaus hakimi…  di hari pernikahannya. Bertahun-tahun perkenalan di alam maya, tiada titik nokhtahnya hinggalah hari itu. Berkaca mataku dan firdaus ketika  itu, saatku serahkan hadiah perkahwinan.
 ”Maafkan aku,Edora.” sepantas kilat aku memaling mukaku dari pandangan si dia yang ku sayangi itu , menahan sebak di hatiku.
”  maafkan aku, Daus. semoga kau bahagia” aku yang tidak dapat meneka versi ikatan di hatimu.  Getar di jiwa hati kita, ku biar sepi. Hingga kau sangka tiada yang lebih berharga dari kerjaya bagiku. Kau, silap. Aku ingin sekali menjadi yang halal untukmu, yang akan kau kucup wajahku hari-hari dalam hidupmu.

Aku semakin sibuk dan kekadang menyibukkan diri agar perkara-perkara lampau tidak terkenang. Suatu hari hatiku dirisik sekali lagi oleh seseorang yang aku yakini agamanya. Seorang lelaki berumur sekitar 4o tahun. Statusnya,seorang suami dan seorang bapa. walaupun aku seorang peguam, tidak bererti aku seorang anti-poligami. Siapalah aku untuk menolak  perkara yang menjadi keharusan bagi yang berkemampuan. Aku tidak mahu menjadi seperti andartu lain kerana terdesak untuk berkahwin memilih suami orang sebagai pasangan hidup.  Aku mengenakan syarat dahulu untuk menemukan aku dengan isterinya sebelum aku memberi apa-apa keputusan. Aku kaget setiba di rumah mereka .Isterinya memelukku, memegang erat tanganku bagaikan aku ini saudaranya sendiri. Suaminya masih dilayan begitu baik, anak-anaknya begitu terdidik.  Sebuah keluarga mawaddah dan sakinah. MasyaAllah, aku takjub seketika. Dibulatkan hati dengan istikharahku, aku menolak lamarannya. Tidak tegar menghiris hati wanita persis bidadari syurga itu. Pastinya sebabku  yang utama jua, aku tidak sanggup dimadukan. Aku tidak sekuat kakak itu untuk sanggup berkongsi kasih seorang suami dengan wanita lain.

Aku melangkah setapak lagi dengan meyambung pengajian di peringkat Master. Aku kini seorang pensyarah berusia sekitar awal 30 an. Dalam rangka berkira-kira ingin menyambung pengajianku di peringkat PHD ”kak long ni bila lagi ye?” rimas rasanya  menjawabnya soalan ibu dan mak cik-mak cikku di kampung. Mana tidaknya,sudah tiga adik-adikku berkahwin. Melangkah bendul, akulah paling best menerima hadiah dari adik-adikku. Bukan mudah mencari lelaki baik untuk dijadikan suami zaman sekarang ni. Diakui juga kebanyakan lelaki gayat untuk mendekati wanita berkerjaya tinggi.  Wanita seperti kami dikatakan terlalu memilih. Benarkah begitu?

Sesekali terasa kesunyian menghuni diri di saat kebanyakan teman-temanku sudah membina keluarga, aku masih  sendiri. Terfikir juga ingin mengambil anak angkat seperti kebanyakan artis belum berkahwin di Malaysia. Cumanya aku kasihankan nasib anak itu, tidak miliki sebuah keluarga yang sempurna tanpa seorang ayah. Macam-macam trend wanita sekarang. Biarlah aku mengisi kekosongan ini di jalan Allah. Ada kelapangan masaku aku gunakan dengan terlibat akitiviti-aktiviti dakwah,  menghadiri majlis-majis agama selain terlibat dengan kerja-kerja amal.

baru-baru ini aku diserang seorang Datin gara-gara aku disyaki menjalin hubungan dengan suaminya. Sudah nasib andartu agaknya, sedangkan Dato’ tersebut tidak lebih dari seorang client padaku. Satu sahaja cara menghindar diri dari fitnah, perkahwinan. Tapi aku nak kahwin dengan siapa ye?....Kuntuman mawar merah yang baru dihantar mematikan lamunanku. Lantasku baca kad pada bunga itu. ’Saya bukan student  awak lagi, saya peguam junior syarikat guaman awak. Sila beri tunjuk ajar, bidadariku. ’Pemuda yang 8 tahun lebih muda dariku, Eman Aman Azim. Aku yang masih berkira-kira menimbang lamaran pemuda yang tak pernah kenal erti putus asa memikatku. Sekali lagi aku tidak mahu terperangkap dalam dilema andartu yang terdesak ingin berkahwin dan akhirnya memilih lelaki yang jauh lebih muda. Sama ada bersetuju dengan pilihan jodoh ibuku atau lamaran si dia ini? Hatiku berteka-teka sendiri.













Mawar Hati


Menggeleng kepala Kayra melihat telatah murid-murid sekarang. Sekolah rendah pun tak habis lagi, dah pandai bercintan-cintun. Dua orang murid tahun enam ditangkap guru displin dating berdua-duan ketika menghadiri kelas tambahan di sekolah. Kayra kini bertugas sebagai seorang guru sains dan matematik. Kayra yang sedang membelek-belek buku ringkasan mengajar. Email dari Ashram ‘superhero’ dalam inboxnya  mematikan lamunan  Kayra. Ashram, superhero di hatinya sejak di Tingkatan dua lagi. Disimpan kemas di hatinya, jauh dari pengetahuan Ashram dan sesiapa pun. Tidak dinafikan sememangnya perasaan ingin berpasangan sangat kuat di usia sebegini, namun seharusnya kita bijak mengawalnya. Entahlah, ketika kayra bersekolah dahulu tidak pernah terlintas pun di benak fikiranya ingin bercintan-cintun. Kayra yang begitu tegas dengan visi mujahadahnya. Menjaga segala pandangannya dari lelaki ajnabi. Menjaga ikhtilaf perhubungan antara lelaki dan perempuan. Couple, perkataan yang sudah tidak asing di alam menengah. Sudah terang lagi bersuluh couple itu haram. Rata-rata teman-temannya begitu asyik melalui frasa tersebut. Termampu mencegah di hati sahaja. ”Kau ni kayra jual mahal sangat, nanti peminat-peminat kau lari baru tau” Kayra sekadar tersenyum. Kayra seperti gadis-gadis lain punya ‘peminat-peminat’, gosip sudah dikira kebiasaan buat Kayra di alam persekolahan. Namun, semuanya ditolak secara baik oleh Kayra. Bukan berniat melukai sesiapa. Melangkah kaki ke universiti, Kayra seakan tidak  betah lagi. Kebanyakan teman-temannya sudah ‘berpunya’. Hinggalah suatu ketika kayra ‘dikalahkan’ egonya oleh si iskandar ini. Perkenalan dengan iskandar membibitkan rasa  di hati ‘mujahadah’ ini. Masyaallah, Kayra tersedar. Secepatnya ingin mengakhiri perasaan ini, ingin menjadi yang halal buat Iskandar.  Lantas pinangan Iskandar di usia perkenalan sesingkat ini menyentuh hati Kayra Kayril, menghadirkan segenap sudut hatinya buat Iskandar.  Keikhlasan yang diyakini dari pandangan mata Iskandar. Ingin bergelar zaujah di sisi Iskandar di usia semuda mereka, sehidup semati dalam susah dan senang. Sayang sekali, tuba dibalas Iskandar.  Sudah tertulis, semuanya berantakan kini. Takdir yang tertulis  buat Kayra dan Iskandar.

***
Tiada Kayra menduga niatnya sekadar suka-suka menghadiri uji bakat di sebuah stesen televisyen telah menapakkan nama Kayra Kayril di bidang penyiaran. Bermula dengan tiada apa-apa asas dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, namun berbekalkan minat dan usaha yang gigih, sedikit demi sedikit semuanya dapat di atasi. Bermula dari menulis laporan berita, membuat liputan hinggalah  kepada mengacara, semua itu dikendong dengan rasa berat sedikit masa dahulu. Berita yang ditulis tunggang langgang, bila keluar buat liputan tak tahu point penting untuk dicatat dan paling tak dapat dilupakan, bulan pertama berdepan dengan kamera bertindak sebagai pengacara. Kerap kali tersasul kerana terlalu gementar. Kritikan yang diterima dari pelbagai pihak tidak dinafikan menyebakkan dirinya tertekan dan sentiasa memikirkan hal tersebut. Pernah juga merasa berputus asa, tetapi berkat sentiasa berfikiran positif, Kayra menganggap semua itu sebagai sumber kekuatan bagi dirinya maju ke hadapan.  Bermula daripada bawah, kini kayra mula menapak kukuh. Bukan sedikit cabaran yang datang ketika memilih kerjaya ini. Meninggalkan kerjaya tetap bergaji lumayan seorang guru ijazah, bukan perkara yang mudah. Apatah lagi berhadapan dengan mama yang memang menginginkan Kyra menjadi seorang guru. Kayra yang bergraduasi dalam jurusan sains biologi ‘dikerah’ mamanya untuk mengikuti Kursus perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kata mama orang perempuan senang sikit jadi cikgu bila dah kahwin nanti. Pandangan skeptikal mama dipandang sepi jauh di sudut hati Kayra, anak yang patuh yang terluka memenuhi permintaan mamanya. Bukan memandang enteng karier seorang guru. Berkesempatan menjadi guru, membuka mata kayra siapa sebenarnya seorang guru, lebih menghormati insan yang bergelar guru, mencurah-curah rasa hormat dan banggga memilki seorang mama, sesorang  yang mengabadikan hampir 30 tahun hayatnya mendidik anak bangsa. ”keikhlasan yang lahir dari jiwa,itu yang tak ada padaku.” . desus Kayra. Kerja seorang guru ini  10  in 1. Bila murid berak kecing dalam kelas, guru jadi tukang cuci, bila murid sakit atau luka guru jadi jururawat, bila murid bergaduh, guru jadi polis, jadi hakim bila emak bapak datang mengadu tidak puas hati, guru jadi peguam bela, peguam cara. Belum lagi kerja-kerja sampingan yang perlu mengadap komputer berjam-jam buat analisis pencapaian, itu dan ini yang tak pernah selesai. Siapa yang kata tugas guru ini mudah, tak ada kerja yang mudah dalam dunia ni. Mujur perbualan Kayra dan Ashram seketika dulu meningkatkan keberanian kayra berbicara dengan mama.
”aku mulanya kurang berminat berhadapan dengan manusia, Ashram. Aku kurang sabar tapi mama yang mahu aku menjejakinya.”
”jadi kau terpaksa. jangan kawan, kau akan terluka nanti. Kita berhak memenuhi impian kita dahulu sebelum kau berkorban demi orang lain.”
”Apakah ini satu nasihat atau ingatan daripadamu, kawan?”
”kedua-duanya. Betulkan niat dan pengorbananmu.jangan melulu, nanti kau merana seumur hidup.”
Kayra memberanikan diri walau sedikit kerisauan.
“Arghhh…pasti sahaja mama mengungkit sejarah lalu, aku yang tidak mendengar kata berkeras mempertahankan Iskandar sebagai pilihan hatiku dan akirnya pertunangan kami putus di tengah jalan.”
Terkeluar juga dari mulut kayra akan hasratnya beralih kerjaya. Mama sekadar mendiamkan diri. Kayra tahu sepahit mana Kayra terluka sepahit itu jua ibunya terluka. Mama sedar kesungguhan Kayra pada Iskandar, bermula dari sikapnya sendiri hingga melonjak jiwa Kayra membantah kata-katanya, ibu yang mana tidak terluka melihat anaknya menderita.

Anaknya sudah dewasa sekarang. Berhari-hari jua mama tidak bertegur sapa dengan Kyra, Alhamdulillah setelah melihat kesungguhan Kyra dalam bidang penyiaran, berjaya memulihkan  ketegagan  antara ibu dan anak ini. Malah, setiap episod rancangan yang dikemudi Kayra tidak terlepas dari tontonan mama. Kayra akhirnya mengorak langkah baru berbekalkan pendapatan yang diperoleh, membuka perniagaan francais restoran miliknya sendiri.
***

Kayra kini punya segalanya. Sebuah kerjaya yang memberi seribu kepuasan . Dilimpahi kemewahan hasil usaha sendiri. Bergelar seorang personaliti TV yg terkenal dan seorang usahwan wanita yang berjaya. Cuma kebahagiaan yang masih jauh dari Kayra. Pastinya orang seperti Kyra menjadi buruan lelaki. VVIP, personaliti ternama hinggalah lelaki biasa, pintu hati Kayra masih tertutup menerima lelaki. Mungkin hatinya masih menanti Ashram atau mungkin jua masih berbekas di hati kisahnya dengan Iskandar suatu ketika dulu. Pertunangannya dengan iskandar terputus gara-gara Iskandar ditangkap basah dengan mira, temannya sendiri. Pengkhianatan yang sukar dimaafi.

Hancur luhur hati Kayra melihat hadirnya Mira dalam hidup Iskandar selepas mama memutuskan pertunangan mereka Iskandar menjadi lebih ‘buaya’ dan Mira sekadar cermin sisi yang ‘diguna’ bila perlu sahaja. Kesakitan di hati kayra yang tidak pernah padam.  Apatah lagi sepi membuai rasa, tinggal berseorangan di pent housemewah miliknya .  Wang tidak dapat membeli kebahagiaan. Setelah ketiadaan mama di sisi, Kayra sebatang kara, mama meninggal  setahun yang lalu. Ashram yang jauh di perantauan. Kawan-kawan yang sudah membina keluarga sendiri. Hanya tinggal teman-teman yang berkepentingan semata-mata.    
 ” Arghhh…semuanya harus menerima pembalasan!”  Wang bukan satu masalah.
”Hello,Hisyam……….”

Hari ini kayra membuat liputan di sebuah rumah anak yatim,  Rumah Titian Kasih di Gombak. Ibu khadijah memperkenalkan dan mempertemukan Kayra dengan penghuni rumah indah ini. Berada di situ, membuka mata Kayra apalah besarnya kesepian Kayra jika dibandingkan dengan kesepian anak-anak yang sedang membesar ini tanpa ibu dan ayah di di sisi. Bergaul mesra dengan mereka berkongsi rasa kehilangan ibu dan ayah. Tersentuh sekali kayra mendengar cerita mereka. Paling tesentuh, kisah 5 orang adik beradik yang kehilangan ibu dan ayah dalam kemalangan jalan raya gara-gara brek yang gagal berfungsi.meragut nyawa ibu bapa mereka di tempat kejadian. "Ya, Tuhan! apa yang telah aku lakukan!"  pagi tadi  Kayra baru sahaja memasukkan sejumlah wang di akaun milik Hisyam. Malam ini Iskandar akan menghadiri sebuah makan malam di sebuah hotel terkemuka dan  di situlah Hisyam akan menjalankan tugasnya, merosakkan brek  kenderaan yang dipandu Iskandar.

Kayra segera bergegas setelah selesai liputan di situ. Sepanjang perjalanan Kayra cuba menghubungi Hisyam. Namun panggilannya tidak diangkat. Puas kyra menelefon berulang kali, masih beroleh jawapan yang sama. Kayra cemas seketika. Leka menggunakan telefon bimbit, kenderaan Kayra hampir terbabas tapi berjaya di kawal Kayra. Kayra memberhentikan kenderaan di bahu jalan, menenangkan diri. Air mata mencurah-mencurah di pipinya.          Ya Allah,tergamakkah dirinya menyakiti Iskandar yang pernah disayanginya. Ampuniku,      ya Allah. Telefon bimbit Kayra yang berdering segera diangkat Kayra.
”kau pasti?”Tanya hisyam kepada kayra.
”Ya,aku pasti dan kau boleh ambil semua wang itu”.
Pangilan dari hisyam sebentar tadi melegakan Kayra . Syukur, message dari Kayra agar Hisyam menghentikan segala rancangan  diterima dan dibaca Hisyam. Di saat genting itu, warkah diterima dari Ashram suatu ketika dulu mengisi benak fikirannya.
Lukamu itu tiada ubatnya sehingga kau dan Iskandar sendiri mengakhirinya……
seakan memahami Kayra yang masih sukar melepaskan semuanya. Cara yang dipilih Kayra ini jua bukan cara mengakhiri semua.

Kayra menjadi sukarelawan di Rumah Titian Kasih sejak detik itu. Rumah itu hidayah yang besar buat Kayra. Tenang sekali, menghabiskan masa lapang di situ, sedikit sebanyak mengisi kekosongan dan kesepian Kayra. Separuh dari pendapatan Kayra disalurkan untuk tujuan kebajikan. Sedang asyik berbual dengan Ibu Khadijah sambil memerhati anak-anak di situ, tangisan bayi menghentikan perbualan mereka. Menghampiri sebuah kotak kecil di hadapan pagar rumah Titian kasih, alangkah terkejutnya mereka melihat seorang bayi yang sedang menangis kelaparan di dalam kotak kecil tersebut. Ya Allah, bayi secomel ini dibiar begitu sahaja. Nasibnya akan barangkali sama dengan bayi-bayi terbuang lain jika mereka tidak menjumpainya hari itu. Syukur, bayi  ini bukan  anak luar nikah. Sebaliknya, dari rahim seorang ibu yang mengalami kesempitan hidup, tidak sanggup membesarkan anaknya berdasarkan surat beranak dan sekeping surat yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.      Aira Nasuha nama bayi comel ini….Pulang ke rumah, entah mengapa Nasuha yang comel itu  terbayang-terbayang  di mata Kayra. kasihan sekali Nasuha. Tergerak di hati Kyra ingin mengambil Nasuha sebagai anak angkatnya. Lantas disuarakan hasratnya itu kepada ibu Khadijah. Setelah melalui beberapa prosedur pengambilan anak angkat di Jabatan kebajikan Masyarakat, Aira Nasuha di sisinya akhirnya, puteri cilik Kyra Kyril. Melayan kerenah dan telatah Nasuha begitu membahagiakan. Ashram juga senang sekali dengan kehadiran  Nasuha, setelah dikirim foto Nasuha melalui email mingguan Kayra kepada Ashram. Semua yang terbaik buat Nasuha. Setiap ibu inginkan yang terbaik untuk  anaknya dan seperti itu jua mama jua inginkan yang terbaik untuk Kayra. Kayra diulit kerinduan pada mama, sebak seketika.
 Meninggalkan Nasuha dengan pembantu rumah, jelas Kayra tidak betah lama-lama di pejabat, pulang awal ingin menatap wajah si cilik kesayangannya itu. Kehadiran Aira Nasuha, sungguh anugerah tuhan yang tidak terhingga buat kayra.

“nasuha dah bangun nanti,kak Jah pakaikan gown pink atas meja itu ye.kyra nak jemput Ashram kat KLIA sekejap.”
“owh, Ashram yang selalu kayra cerita tu ye.bakal papa Nasuha?…..”kak Jah menebak.
“Eh,  kak Jah ni ke situ pulak dia.sempat lagi mengusik saya.” merah pipi Kayra seraya mencium pipi Nasuha yang lena dibuai mimpi.
Bait warkah Ashram suatu ketika dulu merantai jiwanya hingga kini. Tiga tahun, tempoh yang dipinta Ashram suatu ketika dulu. 3 tahun yang disangka cukup sekejap buat Ashram akan tetapi 3 tahun yang cukup lama bagi Kayra. Cukup mematangkan, mendewasakan Kayra, lebih bersedia bertemu Ashram. Pulang jua Ashram yang dinanti ke tanah air.

 Menurut email yang diterima, tarikh inilah Ashram akan tiba bersama  Maisara Marian Elviera. Dalam email Ashram terdahulu, acap kali jua Ashram bercerita mengenai Marian. Gadis sepanyol  ini rakan Ashram ketika bertugas di Amerika. Hidupnya terumbang -ambing tanpa pedoman. Megenali Ashram membawa Marian tertarik dengan keindahan Islam. Marian memeluk islam 2 bulan yang lalu.
“Masyaallah,hebatnya temanku ini. Membawa seorang yang membenci islam akhirnya menerima islam, agama anutannya kini. Aku jua ingin menjadi sehebatnya, biarlah andai ini pengorbananku”desus hati Kayra.
Suatu saat dulu, kayra pernah menyatakan pada Ashram. Maisara itu saudara baru yang sangat memerlukan bimbingan Ashram. Andai Maisarah jodoh Ashram, kayra pasrah. Cukuplah sudah punya Nasuha di sisinya, Kayra tidak bersendirian. Menjadi yang kedua selepas Maisarah, tidak tegar rasanya. Memang benar, keharusan poligami  dinyatakan Allah  dengan jelas dalam surah An-Nisa’ ayat 3 yang asasnya  terletak kepada keadilan si suami. Mungkin suami adil dan mampu  dari sudut material tetapi bisa kah diukur  kasih sayang yang adil  antara isteri-isteri.

Dari jauh Kayra melihat kelibat Ashram dan Maisara yang cantik berhijab kini. Suatu perasaan yang tidak tergambar rasanya melihat Ashram di depan matanya. Kayra memandang Ashram sambil  memeluk Maisara tanda perkenalan.
“Is this flower for me?”sinis Ashram melihat jambangan bunga di tangan Kayra.
No,Mr.Ashram but it is for your wife”sambil kayra menyerahkan bunga itu kepada maisara.
Maisara tergelak, kecil”I am not his wife,we never married and I am only his friend .what a such faithful man he is,”mereka bertiga tersenyum mengakhiri episod kelucuan ini.
“Aku  ajak maisara bercuti ke Malaysia agar lebih mudah dia mendalami Islam di sini. Aku memerlukan sesorang yang akan halal bagiku untuk membantuku atas amanah ini. Membimbing maisara tidak bererti aku harus menikahinya, kayra.”

Tersenyum Kayra. Senyuman yang membawa seribu erti.Ashram nya telah kembali. Ashram, teman yang sentiasa di sisi.