Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW
bersabda:“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari
kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan
berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan
rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah
berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat
menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.”
(HR At-Tirmizi r.a.)
Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Begitu banyak amalan yang membawa pahala sunat dalam hidup manusia. begitu banyak jua solat sunat yang dianjurkan Rasulullah untuk kita amalkan.
jom tengok sikit waktunya:
1. ketika subuh
solat sunat rawatib ni ialah solat sunat dilakukan sebelum (Qabliah) & selepas(ba'diah) solat fardhu.
bagi waktu subuh hanya dibenarkan melakukan solat Qabliah 2 rakaat sebelum solat subuh..
2.Solat dhuha
solat dhuha dilakukan 2 rakaat setiap pagi. dianjurkan membaca surah dhuha.
3. solat tasbih
jika punya banyak masa lapang, boleh lakukan solat tasbih 4 rakaat satu salam. bacaan tasbih biasa,
subhanallah walhamdulillah la ilahaillah Allahuakbar
4.ketika waktu zohor
solat sunat rawatib sebelum & selepas solat zohor
solat sunat rawatib sebelum & selepas solat zohor
solat sunat sebelum zohor- 2 rakaat
solat sunat selepas zohor- 2 rakaat
5. ketika waktu maghrib
solat sunat selepas maghrib- 2 rakaat
solat sunat Awwabin- 4 rakaat, 2 salam
6. ketika waktu isyak
solat sunat selepas isyak-2 rakaat
7. ketika bangun Tahjud
tahjud ialah solat yang dilakukan setelah bangun dari tidur bertujuan untuk beribadah kepada Allah.
antara rangkaian solat yang dianjurkan ketika Tahjud ialah:
solat sunat taubat- 2 rakaat
solat sunat tasbih -4 rakaat 2 salam
solat sunat tahjud-2 rakaat
solat sunat hajat-2 rakat
solat sunat witir-1 rakaat