Salam. Maksud bacaan dalam solat untuk dikongsi. alangkah indahnya jika kita memahami maksudnya.
1. ketika berdiri doa iftitah dibaca, maksud bacaannya:
selepas puji-pujian kepada Allah, diikuti iktikad atau ikrar kepada Allah.
"kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada
Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kepada Allah.
2. ketika rukuk, maksud bacaanya:
"Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujiannya."
3. ketika sujud, maksud bacaannya:
"Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujiannya."
4.Ketika duduk antara dua sujud, maksud bacaannya:
"Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, dan angkatlah darjatku, berilah aku rezeki,
dan berilah aku petunjuk dan afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
5. ketika bacaan tahiyat , maksud bacaanya:
"segala ucapan selamat yang berkat & doa yang baik-baik untuk Allah. selamat sejahtera atasmu wahai
Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya. selamat sejahtera atas kita dan juga hamba Allah yang
baik-baik."
alangkah ruginya orang yang tidak bersolat. setiap lafaz dalam solat itu adalah doa-doa kita kepadaNYA.
5 kali kita solat setiap hari, 5 kali kita berdoa setiap hari. ditambah dengan solat-solat sunat lagi, berapa kali
kita berdoa setiap hari.
solat yang baik ialah solat yang menjaga diri dari melakukan kejahatan atau dosa-dosa. Inshaallah.
No comments:
Post a Comment