Friday, January 31, 2014

Solat-solat sunat

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.” 
  (HR At-Tirmizi r.a.)

Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Begitu banyak amalan yang membawa pahala sunat dalam hidup manusia. begitu banyak jua solat sunat yang dianjurkan Rasulullah untuk kita amalkan. 

 jom tengok sikit  waktunya:

 1. ketika subuh
    solat sunat rawatib ni ialah solat sunat dilakukan sebelum (Qabliah) & selepas(ba'diah) solat fardhu.
    bagi waktu  subuh hanya dibenarkan melakukan solat Qabliah 2 rakaat sebelum solat subuh..

2.Solat dhuha
   solat dhuha dilakukan 2 rakaat setiap pagi. dianjurkan membaca surah dhuha.

3. solat tasbih
   jika punya banyak masa lapang, boleh lakukan solat tasbih 4 rakaat satu salam. bacaan tasbih biasa, 
   subhanallah walhamdulillah la ilahaillah Allahuakbar

4.ketika waktu zohor
   solat sunat rawatib sebelum & selepas solat zohor
   solat sunat sebelum zohor- 2 rakaat
   solat sunat selepas zohor- 2 rakaat

5. ketika waktu maghrib
   solat sunat selepas maghrib- 2 rakaat
   solat sunat Awwabin- 4 rakaat, 2 salam

6. ketika waktu isyak
   solat sunat selepas isyak-2 rakaat

7. ketika bangun Tahjud
  tahjud ialah solat yang dilakukan setelah bangun dari tidur bertujuan untuk beribadah kepada Allah.
  antara rangkaian solat yang dianjurkan ketika Tahjud ialah:
   solat sunat taubat- 2 rakaat
   solat sunat tasbih -4 rakaat 2 salam
   solat sunat tahjud-2 rakaat
   solat sunat hajat-2 rakat
   solat sunat witir-1 rakaat
  

No comments:

Post a Comment